Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Borang Gotong-Royong

05 Januari, 2023

Kerjasama orang ramai adalah perlu untuk menjayakan program pengurusan sampah pepejal. Ke arah ini, satu kempen telah dilancarkan iaitu "Kempen Kesedaran Kebersihan" pada 5 Mei 1991 bersempena dengan Program Tindakan Untuk Menjadikan Malaysia Bersih dan Indah (ABC).

Kerjasama awam amat diperlukan dalam hal-hal berikut:-

  • Menghentikan pembuangan sampah di tempat-tempat awam.
  • Menghentikan tabiat melonggok sampah secara haram.

Majlis menggalakkan gotong royong dan penyertaan masyarakat dalam kempen kebersihan dengan harapan ianya dapat memberi kesedaran terhadap pengwujudan alam sekitar yang bersih dan indah.

JKKK, Persatuan Penduduk, sekolah-sekolah dan badan-badan sukarela lain menganjurkan banyak gotong royong. Majlis membantu dengan menyediakan bahan-bahan dan peralatan seperti bakul, penyodok, pencakar serta lori (side-loader) untuk mengangkut sampah ke tapak pelupusan sampah.

Klik di sini untuk muat turun