- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Jabatan Pelesenan
-
Profil
Pada tahun 2015, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pelesenan digabungkan dan berfungsi sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan. Walau bagaimanapun, mulai 1 Sepember 2021 Bahagian Pelesenan telah dikenali sebagai Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
-
Objektif
-
Pengeluaran lesen untuk perniagaan dan pengiklanan
- Merancang dan menyediakan kemudahan pasar, kompleks makanan di tapak penjaja dan juga memastikan penyediaan dan pengendalian makanan adalah mematuhi amalan kebersihan
-
-
Fungsi
-
Pemprosesan Pengeluaran, Pembaharuan dan Pengawalan Lesen Tred & Establisymen Makanan, Perniagaan Industri, Lesen Iklan, Garaj, Aktiviti Hiburan Awam, Lesen Kenderaan Tanpa Motor, Lesen Penjaja dan juga mengeluarkan Lesen Minuman Keras bagi Pihak Kerajaan Negeri.
-
Pelaksanaan perancangan dan kawalan / penyelenggaraan ke atas Pasar, Kompleks Penjaja, Tapak Penjaja Sementara dan Pasar Malam.
-
-
Perkhidmatan Kami
Melaksanakan kawalan perniagaan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
UNIT LESEN
-
UNIT PENTADBIRAN AM
-
Menjalankan pengurusan fail, surat-menyurat, pengurusan aduan, penyelarsan am dan sebagainya.
-
Mengurus semua hal berkaitan sumber manusia seperti menyedia perjawatan, urus pengesahan dalam jawatan / perlanjutan tempoh percubaan, memantau kehadiran staf dan pengambilan cuti, pengurusan kertas pencen dan peraturan kerja.
-
Menjaga bekalan stok kegunaan pejabat dan kelengkapan pejabat.
-
-
UNIT KEWANGAN
-
Unit ini bertanggungjwab ke atas pengurusan bajet tahunan, pengawalan peruntukan, bayaran gaji, mengurus bayaran tuntutan staf, mengurus pembayaran bil-bil perbelanjaan jabatan, penyediaan bil-bil lessen untuk bayaran orang awam, mencetak lessen dan permit sementara dan juga mengurus kaunter pertanyaan.
-
-
UNIT PEMPROSESAN LESEN
-
Pendaftaran& prosesan permohonan lesen baru, pengurusan pembaharuan lesen termasuk lesen minuman keras bagi pihak kerajaan negeri dan prosesan permohonan pindah milik
-
Pengurusan Mesyuarat CLIP dan pengurusan ulasan teknikal terhadap Permohonan Lesen Tred dan tukar milik.
-
Penyediaan kertas kerja permohonan lesen untuk pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.
-
Menjaga fail-fail permohonan lesen tred, mengeluar surat keputusan, mengemaskini rekod di system dan menjaga statistic KPI Pelesenan.
-
UNIT IKLAN TEMPAT HIBURAN AWAM DAN AKTIVITI LANCANG AIR , GARAJ-
Pengenaan syarat-syarat pelesenan bagi permohonan lesen dan melaksanakan pengeluaran dan pembaharuan lesen Iklan, Garaj dan Aktiviti Tempat Hiburan Awam.
-
Mengambil tindakan terhadap Iklan, Garaj, Aktiviti Lancang Air dan Tempat Hiburan Awam yang haram atau tanpa kebenaran Majlis.
-
Menyediakan kertas kerja bersama-sama gambar pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.
UNIT KESIHATAN
-
UNIT TRED, INDUSTRI & ESTABLISYMEN MAKANAN (TIEM)
-
Melaksanakan pemeriksaan terhadap undang-undang permis-premis Tred, Perniagaan Industri, Establisymen Makanan, Rumah Urut, Hotel, Garaj, Tempat Letak Kereta Persendirian, Permit Pengusaha Barang Lusuh, Kandang Ternakan.
-
Menyediakan syarat-syarat kesihatan untuk pemohonan dan pembaharuan lesen.
-
Melaksanakan program Pendidikan Kesihatan, Ceramah dan Latihan kepada Pengusaha, Pengendali Makanan dan kakitangan mereka.
-
-
UNIT PERNIAGAAN KECIL
-
PENJAJA, GERAI DAN PASAR MALAM
-
Memproses, meluluskan permohonan baru / pindah milik, mengeluar dan memperbaharui lesen penjaja, gerai dan pasar malam serta permohonan pekerja yang diberi kuasa.
-
Memeriksa penjaja dan penggerai bagi memastikan pematuhan amalan-amalan pengendalian makanan dan penyelenggaraan struktur gerai.
-
Melaksanakan program penempatan semula penjaja dengan mewujudkan tapak penjaja sementara dan kompleks bagi mengawal dan mengatur aktiviti penjajaan secara statik tanpa lesen.
-
Memproses, meluluskan permohonan baru penganjuran Pasar Malam/ Pasar Pagi/ Pasar Minggu/ Pasar Tani / Pasar Ramadhan dari penganjur yang dibenarkan sahaja seperti MPKK atau Persatuan Penduduk.
-
Setakat tahun 2020 (Jun), terdapat sebanyak …….. Pasar Malam/ Pasar Pagi/ Pasar Minggu/ Pasar Tani.
-
- PASAR, KOMPLEKS DAN TAPAK PENJAJA SEMENTARA
-
Memproses dan menguruskan temuduga untuk mengisi kekosongan dan memperakukan permohonan pindahmilik Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara.
-
Menjalankan pemeriksaan bagi memastikan semua penggerai Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara yang mengendali makanan dan menerima pelalian anti-tyfoid dan mengahadiri ceramah pendidikan kesihatan.
-
Menjalankan tindakan kompaun, tindakan merampas dan tindakan perundangan terhadap penggerai di Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara yang melanggar syarat atau menduduki tanpa kebenaran.
-
Merancang dan memohon peruntukan bagi pembinaan, penyelenggaraan dan menaiktaraf Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara.
-
-
-
UNIT TINDAKAN KHAS
-
Bidang tugas bahagian ini adalah penguatkuasaan. Kes-kes yang telah dilulus untuk tindakan rampasan dan / atau perobohan akan dirujuk kepada bahagian ini dan operasi bersepadu bersama Jabatan Penguatkuasaan dan jabatan lain akan dijalankan.
-
-
-
Piagam Pelanggan
-
Permohonan lesen Establisymen Makanan, Iklan Tempat Hiburan Awam, Garaj, Tred, Perniagaan dan Perindustrian diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu.
-
Permohonan lesen gerai sementara / gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan.
-
Permohonan lesen sementara ‘banner/streamers’ diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
-
Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari
-
Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
-
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
-
- Carta Organisasi
-
Direktori
Sila Klik Di Pautan https://idirektori.penang.gov.my/pegawai?id=efuesJrQtPGqLL_jtAyE9g
-
Hubungi Kami
Telefon 04-263 8818
Emel pelesenan[at]mbpp[dot]gov[dot]my
Alamat Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama, 10200 Pulau Pinang
- Dasar dan Garis Panduan
-
Muat Turun Borang
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/muat-turun-borang
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2
MS
EN
