- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Sistem Pengesan Paras Air
Bandar Mesra Usia
16 Jun, 2023
Halaman 1 dari 8
Halaman 1 dari 8
Pengenalan
Pulau Pinang sebagai negeri kedua yang sedang mengalami penuaan di Malaysia selepas negeri Perak. Menjelang 2040, Pulau Pinang akan mempunyai kadar warga emas terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, Pulau Pinang kini dalam usaha untuk menuju ke arah menjadi Bandar Mesra Usia (AFC).
https://extranet.who.int/agefriendlyworld/network/penang-island/
Definisi
- Bandar Mesra Usia (AFC) adalah rangka kerja yang dibangunkan oleh WHO dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan khusus orang dewasa yang lebih tua. Ia adalah tempat di mana semua peringkat umur boleh tinggal, bekerja, dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, ekonomi, dan budaya dengan maruah, autonomi, dan hormat. MBPP telah pun memulakan dengan perancangan yang khusus melalui Pelan Tindakan khusus Bandar Mesra Usia di dalam Pelan Strategik Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2021-2025.
8 Sektor utama dalam Bandar Mesra Usia
![]() |
Ruang Awam dan Bangunan
|
![]() |
Sistem Pengangkutan
|
![]() |
Sistem Perumahan
|
![]() |
Penglibatan Sosial/Masyarakat
|
![]() |
Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial
|
![]() |
Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan
|
![]() |
Berkomunikasi dan Informasi
|
![]() |
Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan
|
Sektor 1: Ruang Awam dan Bangunan
- Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
- Rekabentuk Taman Kejiranan memenuhi kriteria “Universal design and accessibility in the built environment” yang mengambilkira rekabentuk sejagat amat diberi keutamaan iaitu mempunyai rekabentuk yang mencapai tahap penggunaan yang sama rata kepada golongan yang mempunyai keupayaan yang berbagai-bagai, lebih-lebih lagi untuk warga emas serta taman kejiranan yang mempunyai ruang dan saiz yang mesra pengguna yang mampu menawarkan pilihan kepada pengguna samada mahu beriadah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.
- Dewan Bandaran atau dikenali sebagai "Town Hall" yang dilengkapi ruang galeri pameran, dewan "ballroom" dan bilik serbaguna, ia juga dilengkapi kemudahan lif, tandas dan ramp yang khusus kepada golongan "Orang Kelainan Upaya". Ini membolehkan Dewan Bandaran dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat/komuniti melalui penganjuran aktiviti kebudayaan, kesenian dan pelbagai lagi.
- Penyediaan Kemudahan Awam Dan Persekitaran Mesra O.K.U. Berdasarkan Konsep Rekabentuk Sejagat bagi keselesaan semua.
No. | Lokasi |
1. | Kompleks Dan Pasar Padang Tembak, Pulau Pinang. |
2. | Astaka Dan Pasar Batu Lancang, Pulau Pinang. |
3. | Kompleks Penjaja Desa Mayang |
4. | Kompleks Padang Brown |
5. | Kompleks Bukit Gedung |
6. | Kompleks Desa Genting |
7. | Kompleks Tanjung Bungah |
8. | Astaka Coolie Lines |
9. | Pasar Dan Kompleks Penjaja Bayan Baru |
10. | Pasar Pulau Tikus |
11. | Pasar Lebuh Cecil |
12. | Pasar Telok Bahang |
13. | Pasar Jelutong |
14. | Pasar Chowrasta |
15. | Pasar Air Itam |
16. | Pejabat Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Taman Belia (Dalam Pembinaan) |
- Garis Panduan Penyediaan Tandas Awam Di Semua Cadangan Pemajuan Baru Bagi Kategori Bangunan Awam, Majis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga berkonsepkan Rekabentuk Sejagat bagi keselesaan semua lapisan masayarakat
No. | Lokasi |
1. | Tandas Pantai Mas |
2. | Tandas Medan Renong |
3. | Tandas Padang Kota |
4. | Tandas Pasar Padang Tembak |
5. | Tandas Batu Lancang |
6. | Tandas Pasar Tanjung Bungah |
7. | Surau Lebuh Duke |
8. | Tandas Pantai Miami (Dalam Pembinaan) |