- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Jabatan Kejuruteraan
-
Profil
JABATAN KEJURUTERAAN,
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
Sejak Dewan Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar digabungkan menjadi Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang pada tahun 1974, Jabatan telah mengalami banyak perubahan dari segi organisasi.
Pada tahun 1993, Jabatan Perkhidmatan Jentera yang dipisahkan dari Jabatan Kejuruteraan telah dicantumkan semula degan Jabatan Kejuruteraan. Pengswastaan Bahagian Bentungan telah berlaku pada 1 Mac 1996 di mana Bahagian Bentungan telah diambil alih oleh Jabatan Pembentungan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pada Tahun 2003 pula, pengstrukturan semula telah dilakukan dimana semua bahagian baru dan lama telah disusun semula menjadi lima (5) bahagian iaitu Bahagian Lalulintas dan Pengangkutan Awam, Bahagian Mekanikal, Bahagian Penyelenggaraan (Bahagian Penyelenggaraan Jalan), Bahagian Geoteknikal dan Bahagian Pentabdiran.
Pada Tahun 2004, Unit Elektrik telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Bahagian Mekanikal dan Elektrik berpejabat di Jalan Gurdwara.
Pengstrukturan semula pada tahun 2014 telah dilakukan dimana Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan pengstrukturan semula Jabatan Kejuruteraan yang telah dibahagikan kepada lima (5) bahagian iaitu Bahagian Lalulintas dan Pengangkutan Awam, Bahagian Mekanikal dan Elektrik, Bahagian Jalan, Bahagian Geoteknikal dan Bahagian Pentadbiran.
Lanjutan daripada itu, Jabatan Kejuruteraan telah mewujudkan unit-unit di bawah bahagian masing-masing yang diluluskan mulai 1 Oktober 2015 iaitu seperti berikut :-
BAHAGIAN PENTABDIRAN
-
Unit Pentadbiran dan Am
-
Unit Pengurusan Informasi
-
Unit Pelan dan Fail
-
Unit Kewangan
BAHAGIAN LALULINTAS DAN PENGANGKUTAN AWAM
-
Unit Perancangan Lalulintas
-
Unit Pengangkutan dan Infrastruktur
-
Unit Pengurusan Bandar Pintar
-
Unit Lalulintas Am
BAHAGIAN JALAN
-
Unit Penyelenggaraan Jalan
-
Unit Sengara Fasilti Jalan
-
Unit Penyelenggaraan Saliran
BAHAGIAN GEOTEKNIKAL
-
Unit Pembangunan Kerja Tanah
-
Unit Pemantauan Kerja Tanah
-
Unit Cerun
BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIK
-
Unit Mekanikal
-
Unit Elektrik
Pada tahun 2019 Unit Pengurusan Projek dan GIS telah ditukarnama kepada Unit Pengurusan Bandar Pintar serta Unit Lalulintas Am telah ditubuhkan di bawah Bahagian Lalulintas dan Pengangkutan Awam berkuatkuasa 29 Mei 2019.
Pada penghujung bulan November 2024, satu penyelarasan semula telah dilaksanakan ke atas carta organisasi jabatan yang melibatkan Bahagian Jalan. Penstrukturan ini merangkumi penjenamaan semula unit-unit di bawah bahagian berkenaan bagi memperkemas fungsi dan identiti setiap unit. Perubahan tersebut adalah seperti berikut:
-
Unit Penyelenggaraan Jalan telah dijenamakan semula kepada Unit Jalan
-
Unit Senggara Fasiliti Jalan telah dijenamakan semula kepada Unit Fasiliti Jalan
-
Unit Penyelenggaraan Saliran telah dijenamakan semula kepada Unit Saliran
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta memperjelas peranan setiap unit.
-
-
Objektif
-
Memastikan pembangunan infrastruktur yang rasional melalui kawalan perancangan dan pembangunan.
-
Membina dan menyelenggara jalan dan jambatan serta infrastruktur berkaitan.
-
Merancang, melaksanakan dan mengurus sistem lalu lintas termasuk laluan pejalan kaki dan laluan basikal.
-
Memainkan peranan kejuruteraan untuk memelihara Alam Sekitar dan Ekologi
-
Bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dalam mencapai objektif dan aspirasi-aspirasi kebangsaan
-
-
Fungsi
Bahagian Pentadbiran
-
Menguruskan perihal berkaitan kehadiran pegawai dan kakitangan jabatan melalui sistem iHadir MBPP.
-
Menguruskan perihal berkaitan keselamatan pejabat serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk pegawai dan kakitangan jabatan.
-
Menguruskan perihal berkaitan aset dan stor alatulis jabatan.
-
Menguruskan perihal berkaitan pembekalan pakaian seragam untuk pegawai dan kakitangan jabatan (berunifom).
-
Menguruskan perihal berkaitan pembekalan keperluan asas kakitangan jabatan, merangkumi penyediaan serta pengurusan pantry, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, peralatan pejabat, kaunter perkhidmatan, kad fleet petrol, tempahan auditorium, dan keperluan lain yang berkaitan.
-
Menguruskan perihal berkaitan pengurusan aduan jabatan melalui Sistem Pearl Aduan MBPP.
-
Menguruskan perihal berkaitan maklum balas mesyuarat dan pengemaskinian informasi jabatan serta penempatan pelajar latihan industri di jabatan.
-
Menguruskan perihal berkaitan perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan jabatan.
-
Menguruskan perihal berkaitan urusan surat menyurat serta pelan dan fail jabatan.
- Menguruskan perihal berkaitan urusan kewangan jabatan (bajet, bayaran, perolehan dan projek jabatan).
Bahagian Lalulintas
-
Merancang, Memantau Dan Menguruskan Sistem Lalulintas.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Papan Tanda Nama Jalan (di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang), Papan Tanda Lalulintas, Pelantar Had Kelajuan(speed table), Cermin Cembong(Comvex Mirror) dan Flexi Pole melibatkan kawasan di bawah seliaan MBPP.
-
Merancang, Memasang, Memantau Dan Menyelenggara Laluan Basikal.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Pondok Perhentian Bas, Teksi, Bas Ekspress Dan Bas Persiaran.
-
Menguruskan Pengurusan Pengangkutan Awam (Bas CAT/Shettle).
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara CCTV di kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Memantau Dan Menyelenggara CCTV Premis MBPP.
-
Merancang, dan menguruskan perihal berkaitan Pengurusan Bandar Pintar (Smart City).
-
Merancang Pembangunan, Memantau Dan Menyelenggara Geopartial Information System.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Pengurusan Tempat Letak Kenderaan.
-
Menguruskan Permohonan Penutupan Dan Lencongan Jalan Serta Acara Yang Melibatkan Rezab Jalan.
-
Menguruskan Kesesakan Sekolah Dan Traffic Warden.
-
Menguruskan E-Lesen.
-
Menguruskan Ulasan Tukarguna Bangunan Dari Segi Lalulintas.
Bahagian Jalan
-
Memperakukan Kelulusan Permohonan Pelan Parit Dan Jalan, Pelan Nama Jalan Dan Permit Menggali Jalan.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Penurapan Semula Jalan.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Jalan Dan Lorong Belakang.
-
Menguruskan Pendaftaran Berkaitan Jalan Awam Dan Lorong Belakang Di Bawah MARRIS.
-
Menguruskan Peruntukan Ahli Majlis.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Tapak Pelupusan Sampah Jelutong.
-
Melaksanakan Projek Am (Jabatan Lain).
-
Menguruskan Penyediaan Lukisan Kejuruteraan.
-
Melaksanakan Kerja-Kerja Ukur Untuk Projek MBPP
-
Menyelenggara Parit, Gegili, Bahu Jalan, Penutup Parit Dan Laluan Pejalan Kaki di bawah kawasan seliaan MBPP.
-
Melaksanakan Projek Tebatan Banjir.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Jambatan, Jejantas Dan Jejambat.
Bahagian Geoteknikal
-
Memperakukan Kelulusan Permohonan Pelan Kerja Tanah.
-
Memantau Dan Menyelaras Tindakan Pembangunan Kerja Tanah.
-
Memberi Ulasan Laporan Environmental Impact Accsesment (EIA).
-
Menguruskan Pengumpulan Rekod Maklumat Kerja Tanah.
-
Menyiasat Dan Menuruskan Tindakan Terhadap Kerja-Kerja Tanah Tanpa Kelulusan.
-
Menguruskan Pemantauan Topografi Kawasan Melalui Drone Dan CCTV.
-
Menguruskan Ulasan Laporan Geoteknikal.
-
Menguruskan Pemantauan ·Aktiviti Kerja Tanah Dan Keselamatan Cerun.
-
Mengawal Aktiviti Kerja Tanah Dan Keselamatan Cerun.
-
Menguruskan Perihal Kes Runtuhan Tanah Dan Kegagalan Cerun.
-
Menguruskan Siasatan Dan Laporan Siasatan Bersama Pakar Geoteknikal.
-
Menguruskan Pemantauan Projek, Terowong , Korekan Dalam, Kawasan Tebus Guna Dan Kuari.
-
Menguruskan Pelan Pencegahan Dan Pemeriksaan Keselamatan Cerun, Kajian Dan Penyelidikan, Pemetaan Cerun-Cerun Dan Pengkalan Data.
-
Mengemaskini Inventori Cerun, Status Dan Profil Cerun.
-
Menguruskan Hebahan Cerun-Cerun Meragukan Atas Tanah Persendirian
-
Berperanan Sebagai Penasihat Teknikal Dan Bertindak Sebagai Urusetia Penang Technical Advisory Committee (PTAC).
-
Menguruskan Program Pendidikan Dan Kesedaran Awam.
- Melaksanakan Kerja-Kerja Ukur Untuk Projek MBPP
Bahagian Mekanikal dan Elektrik
-
Menguruskan Aset Kenderaan MBPP
-
Menguruskan Penyelenggaraan Kenderaan MBPP
-
Menguruskan Stor Bahan-Bahan Kejuruteraan Dan Alat-Alat Ganti Kenderaan.
-
Menguruskan Pelupusan Dokumen, Selenggara Dandang Stim dan Pusat Penyembelihan.
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Lif, Alat Pendingin Hawa, Escalator, Alat / Sistem Pencegah Kebakaran Dan Pam Premis MBPP.
-
Menguruskan Penjadualan Harian Kenderaan (JPP, Lanskap Dan Kejuruteraan).
-
Memperakukan Kelulusan Permohonan Pelan Lampu Jalan
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Lampu Jalan Awam MBPP
-
Merancang, Memantau Dan Menyelenggara Elektrik Di Premis MBPP
-
Memantau Dan Menyelenggara Lampu Hiasan MBPP.
-
-
Perkhidmatan Kami
-
Penyelenggaraan Jalan dan Lorong Belakang Di Kawasan Bandaraya George Town.
-
Permit Korekan Jalan Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Kelulusan Permohonan Pelan Jalan & Parit Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyelenggaraan Sistem Saliran (Perparitan) Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa
-
Penyelenggaraan Penutup Parit, Laluan Pejalan Kaki, Rel Penghadang dan Bahu Jalan Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyelenggaraan Jambatan, Jejantas, Jejambat & Autopont Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Garisan Lalulintas Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Papan Tanda Nama Jalan Di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Papan Tanda Lalulintas Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Pelantar Kelajuan ‘Speed Table’ Di kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Cermin Cembung ‘Convex Mirror’ Di kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Flexi Pole Di Kawasan Bandaraya George Town & Zon Perindustrian Bayan Lepas Kecuali Lebuhraya Kampung Jawa.
-
Pengurusan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong.
-
Peruntukan Ahli Majlis.
-
Penyediaan piawaian lukisan Kejuruteraan.
-
Pengurusan Lalulintas (Kesesakan, Laluan Sehala, Pelebaran Jalan & Kajian Lalulintas 'Traffic Impact Accessment' (TIA).
-
Pemasangan dan Penyelenggaraan Lampu Isyarat di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Pemasangan, penyelenggaraan dan permohonan CCTV di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang termasuk CCTV Premis MBPP.
-
Penyediaan dan Penyelenggaraan Pondok Perhentian Bas di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Penyediaan Laluan Basikal di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Pengurusan Pengangkutan Awam Bas Central Area Transit (CAT BUS).
-
Electric Vehicle Charging Bay (EVCB).
-
Ulasan Permit Kenderaan Berat.
-
Pemantauan Kerja Tanah dan Cerun.
-
Pemasangan, penyelenggaran dan permohonan Lampu Jalan & Lampu Hiasan MBPP di seluruh kawasan pulau, Pulau Pinang.
-
Penyelenggaran Lif, Eskalator, Sistem Pencegahan Kebakaran, Pam, Penyaman Udara serta Pendawaian Elektrik Di Premis-Premis MBPP.
-
Pengurusan pengangkutan dan Penyelenggaraan Kenderaan Majlis.
-
-
Piagam Pelanggan
-
Permohonan bagi pelan-pelan Kejuruteraan yang melibatkan Pelan Jalan dan Parit dan Pelan Kerja Tanah akan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi lapan puluh (80) hari serta Pelan lampu Jalan tidak melebihi tempoh tiga puluh tiga (33) hari dengan syarat semua dokumen dikemukakan dengan lengkap, teratur dan mematuhi syarat-syarat Majlis.
-
Perakuan bagi Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
-
Kelulusan bagi permohonan Permit Menggali Jalan akan dikeluarkan dalam tempoh masa tujuh (7) hari tertakluk kepada semua syarat-syarat Jabatan dipatuhi.
-
Ulasan / pandangan teknikal bagi Permohonan Kebenaran Merancang dan Pecah Sempadan dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari.
-
Ulasan / pandangan teknikal bagi Permohonan Pelan Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat belas hari (14) hari bagi permohonan secara serentak dan empat belas hari (14) hari bagi permohonan biasa.
-
Ulasan / pandangan teknikal bagi Permohonan Kerja Cerucuk dan Tukarguna Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
-
Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan inbois.
-
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tiga hari (3) hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan Am. Maklumbalas hasil siasatan dan tindakan hendaklah tidak melebihi KPI yang ditetapkan.
-
- Carta Organisasi
-
Direktori
-
Hubungi Kami
Telefon 04-2592230 (Kaunter)
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat Jabatan Kejuruteraan, Paras 13, Komtar, Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang
- Dasar dan Garis Panduan
- Muat Turun Borang
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2
MS
EN
