- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Jabatan Kawalan Bangunan
-
Profil
Jabatan Bangunan telah ditubuhkan pada tahun 1974 iaitu apabila Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar digabungkan. Jabatan Bangunan terletak di paras 14 bangunan KOMTAR dan diterajui oleh seorang Pengarah Bangunan dengan 102 perjawatan.
Penstrukturan semula pada 1 Januari 2014 telah menyaksikan perubahan di mana Jabatan Bangunan di tukarkan kepada Jabatan Kawalan Bangunan.
Sewaktu Penstrukturan semula Majlis Bandaraya Pulau Pinang tersebut, Jabatan Kawalan Bangunan terbahagi kepada empat (4) Bahagian iaitu Bahagian Senibina & Kemajuan, Bahagian Kawalan Bangunan, Bahagian Penyelenggaraan dan Bahagian Pentadbiran.
-
Objektif
-
Bertanggungjawab untuk memeriksa dan memastikan semua permohonan pelan bangunan mengikut Garis Panduan Majlis, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 dan lain-lain yang berkaitan;
-
Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan dan menyediakan laporan dari semasa ke semasa ke atas semua bangunan di dalam kawasan pentadbiran MBPP;
-
Bertanggungjawab menyiasat semua aduan, menjawab pertanyaan orang awam, melayani orang awam dan sebagainya berhubung dengan semua perkara yang membabitkan bangunan-bangunan di dalam kawasan MBPP;
-
Bertanggungjawab memeriksa harta benda swasta yang sedia ada dalam bahagian-bahagian masing-masing bagi permohonan untuk pembaikan, pembaharuan, pindaan dan lain-lain serta mengeluarkan permit-permit dan notis-notis keengganan atau merangka jawapan seperti mana yang bersesuaian untuk permohonan tersebut.
-
- Fungsi
-
Perkhidmatan Kami
-
Mengawal kemajuan pembangunan yang dijalankan oleh pemaju swasta, agensi kerajaan, badan badan berkanun dan sebagainya.
-
Merancang, merekabentuk & memantau pelaksanaan projek-projek Majlis/Kerajaan.
-
Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan semua bangunan dan harta Majlis.
-
Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar & keputusan Majlis dari semasa ke semasa.
-
Menjaga dan mengawal mutu, prestasi kerja dan disiplin pegawai-pegawai melalui proses tindakan tatatertib yang adil dan saksama.
-
-
Piagam Pelanggan
Bil
Piagam/ Standard
1. Permohonan Pelan Bangunan akan diproses dalam tempoh lima puluh (50) hari 2. Permohonan Pelan-pelan Pembaharuan akan diproses dan keputusan akan diberi dalam tempoh lima puluh (50) hari. 3. Permohonan Kebenaran Memulakan Kerja akan diproses dengan serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 4. Ulasan untuk Permohonan Merancang bagi tujuan menukar kegunaan bangunan akan diberikan dalam tempoh empat belas (14) hari. 5. Permohonan pelan permit yang diterima akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 6. Permohonan permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 7. Ulasan/Pandangan Teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Kebenaran Merancang
Ulasan/Pandangan Teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Pecah Sempadan
8. Ulasan/Pandangan Teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. 9. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan invois. 10. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh (3) hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan Am. Maklum balas hasil siasatan dan tindakan hendaklah tidak melebihi KPI yang telah ditetapkan. - Carta Organisasi
-
Direktori
Sila klik di Pautan https://idirektori.penang.gov.my/pegawai?id=wWtgSg5JsRbrN8QWT5cyOA
-
Hubungi Kami
Telefon 04-259 2188
Emel bangunan[at]mbpp[dot]gov[dot]my
Alamat Tingkat 14 KOMTAR Jalan Penang 10675 Pulau Pinang
- Dasar dan Garis Panduan
-
Muat Turun Borang
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/muat-turun-borang
BIL.
NAMA DOKUMEN
1.
Senarai Pelukis Pelan Bangunan Yang Telah Diluluskan Untuk Mengemukakan Pelan kepada MBPP
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2
MS
EN

