- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Sistem Pengesan Paras Air
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Unit Audit Dalam
-
Profil
Unit Audit Dalam telah ditubuhkan di Majlis Bandaraya Georgetown di bawah seksyen 52 (1) dan (2), Ordinan Perbandaran sejak bulan Februari 1957. Bahagian Audit diletakkan di bawah Jabatan Perbendaharaan Majlis. Pada Oktober 1993, Bahagian Audit Dalam diletakkan di bawah Setiausaha Perbandaran dan nama Bahagian Audit Dalam ditukarkan kepada Unit Audit Pengurusan. Mulai 1995 Unit Audit Pengurusan diletakkan di bawah Yang Dipertua Majlis. Pada 1 Februari 2005 Unit Audit Pengurusan ditukarkan kembali kepada Unit Audit Dalam. Mulai 1 Januari 2015 Unit Audit Dalam diletak di bawah Datuk Bandar.
-
Objektif
-
Untuk membantu meningkatkan pengurusan kewangan mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memastikan tiada penyelewengan atau penipuan dengan menjalankan pengauditan
-
Untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan urustadbir baik dengan menjalankan audit pengurusan ke atas sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi
-
-
Fungsi
-
Menilai keberkesanan kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman organisasi.
-
Mengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan.
-
Mengesahkan kewujudan aset-aset dan menentukan ianya telah diperakaunkan dengan betul serta dilindungi daripada sebarang jenis kerugian.
-
Menyemak kebolehpercayaan kesahihan maklumat kewangan dan data operasi dengan menilai keseluruhan kawalan dan prosedur keselamatan komputer dalam pemprosesan data.
-
Menjalankan pemeriksaan dan semakan khas yang dipinta oleh pihak pengurusan termasuk menyiasat laporan penipuan, pecah amanah, kecurian dan pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.
-
Menilai dari segi ekonomi dan kecekapan penggunaan sumber-sumber yang digunakan serta mencadangkan pembaikan dalam operasi.
-
Menentukan sejauh mana objektif dan sasaran yang ditetapkan untuk operasi atau program tercapai dengan cara yang efektif dan sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
-
-
Perkhidmatan Kami
- Seksyen Audit Pematuhan
a. Mengkaji kepatuhan polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan
b. Memastikan sama ada jabatan/ unit mematuhi peraturan, arahan, polisi, prosedur kewangan, Pekeliling Perbendaharaan/ Perkhidmatan dan Majlis. Cadangan audit kebiasaannya menganjur kepada penambahbaikan dalam proses dan kawalan bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan.- Seksyen Audit Kewangan
Mengawal/ mencegah bagi menghindari suatu kepincangan dan penyelewengan dari berlaku bagi perkara-perkara berikut:-
-
-
Baucar-baucar untuk pembayaran
-
Bayaran balik pelbagai
-
Kumpulan Wang Simpanan Majlis 1898, 1935 dan 1969.
-
- Seksyen Auditan Pengurusan
Membuat pemeriksaan fizikal ke atas stok alat ganti, perabot dan perkakas kepunyaan Majlis. Di samping itu, menjalankan proses verifikasi terhadap dokumen-dokumen pelaksanaan kontrak-kontrak seperti berikut:-
-
Pengambilan stok alat ganti
-
pembelian aset
-
Semakan ke atas kontrak Majlis
-
Cukai taksiran
i. Kawasan Bandar
ii. Luar Bandar
-
- Seksyen Auditan Tugas-Tugas Khas
a. Dijalankan jika terdapat permintaan daripada pegawai jabatan atau pihak pengurusan pentadbiran. Audit ini difokuskan terhadap peraturan dan kelakuan penyelewengan bagi memastikan sama ada berlaku pencabulan undang-undang sivil atau jenayah serta melanggar polisi dan peraturan termasuk kecurian dalaman, penyalahgunaan aset Majlis serta penyalahgunaan kuasa.
b. Menjalankan penampilan audit terhadap:-
-
Kaunter-kaunter bayaran Majlis
-
Stok alat tulis
-
Panjar wang runcit
-
Buku log kenderaan Majlis
-
Pengurusan penerimaan dan pengedaran surat rasmi
-
Stor Majlis
-
Rekod cuti dan kelepasan masa
-
- Seksyen Auditan Penyiasatan Aduan
Menjalankan penyiasatan dengan arahan Datuk Bandar serta penyiasatan aduan dan sebagainya bagi mencegah kepincangan dan penyelewengan. - Seksyen Auditan Prestasi
a. Pengauditan yang dijalankan bagi menentukan sama ada sebuah jabatan menggunakan sumber-sumber secara ekonomi, cekap dan berkesan dalam menjalankan tanggungjawab, objektif pengauditan:-
-
Menambahkan baik pengurusan sumber sektor awam
-
Memperbaiki kualiti penyampaian maklumat tentang pengurusan kewangan Majlis kepada stakeholder dan
-
Menggalakkan pengurusan sektor awam memperkenalkan proses melaporkan tahap prestasi bagi aktiviti/ program yang dilaksanakan.
b. Memeriksa mengenai penggunaan sumber-sumber jabatan untuk dinilai sama ada sumber-sumber tersebut telah digunakan secara efisien dan efektif bagi memenuhi misi dan objektif jabatan/ Majlis. Juruaudit lebih menitik beratkan tentang siapa, apabila, kenapa dan bagaimana dalam menjalankan operasi yang efisien dan efektif daripada hanya aspek-aspek perakaunan dan kewangan. -
- Seksyen Auditan Susulan (Dashboard)
a. Menguruskan dashboard Unit Audit Dalam untuk memantau tindakan yang telah diambil oleh jabatan terhadap isu-isu pengauditan.
b. Memastikan projek dan aktiviti dilaksanakan mengikut jadual dan agensi mendapat nilai faedah terbaik.
c. Menilai sama ada projek dan aktiviti mempunyai kelemahan dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan serta penambahbaikan.
d. Memaparkan isu dan status terkini Laporan Ketua Audit Dalam dan Ketua Audit Negara.
-
Piagam Pelanggan
1
Mengadakan mesyuarat Pengurusan Unit Audit Dalam pada setiap bulan.
2
Tugas pengauditan Pengurusan/ Kewangan/ Aktiviti dijalankan dalam tempoh enam (6) minggu dan menyediakan dan mengeluarkan laporan auditan Pengurusan/ Kewangan/ Aktiviti dalam tempoh tiga (3) minggu.
3 a. Tugas penampilan audit dijalankan dalam tempoh satu (1) hari.
b. Menyediakan dan mengeluarkan laporan penampilan audit dalam tempoh satu (1) hari.
c. Penampilan audit sekurang-kurangnya satu (1) kes sebulan.
4 Mengambil tindakan susulan dan pemantauan terhadap Jabatan/Bahagian supaya dapat mengemukakan sebarang pertanyaan audit dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 5 Tugas pengauditan bagi auditan aduan akan dijalankan dalam tempoh enam (6) minggu dan menyediakan dan mengeluarkan laporan auditan aduan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas auditan. 6 Menyediakan baucar bayaran dan menyampaikan nya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. 7 Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan. - Carta Organisasi
-
Direktori
Nama
Jawatan
Telefon (Pejabat)
Emel[at]mbpp.gov.my
Janita Thomas Felix Ketua Audit Dalam
259 2148
janita
Kosong
Penolong Juruaudit
259 2184
-
Siti Nur’ain binti Ruslan Penolong JuruauditSamb 2514 sitinurainMuhammad Zainuddin bin Baharudin Penolong JuruauditSamb 2515 mzainuddinKhairusyam bin Abu Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 khairusyam Nor Aziah binti Abd Aziz Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 aziahaziz Suzana binti Jaafar Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 suzana Safiyah binti Abdul Kuthoos Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 safiyah Nor Atikah binti Abdul Wahab Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 noratikah Mangalhambigai A/p Murugian Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 mangalhambigai Wan Nur Shaqirah binti Wan Shahidan Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 shaqirah Kavitha A/p Ponniah Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 kavitha Nur Hafeezah binti Mohamed Ali Pembantu Tadbir (Audit) 259 2308 nurhafeezah BAHAGIAN PENTADBIRAN Isliza Hanim binti Ismail Pembantu Tadbir Kanan259 2042 islizahanimFahimah binti Mohd Haniffa Pembantu Tadbir
(Perkhidmatan / Aset & Stor)259 2042 fahimah Siti Azra binti Syed Hassan Pembantu Tadbir
(Fail / Kewangan)259 2042 azrahassan Paramesvari A/p Muniandy Pembantu Tadbir
(Pentadbiran Am)259 2042 - -
Hubungi Kami
Telefon -
Emel -
Alamat Unit Audit Dalam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Tingkat 11, Komtar, Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang.
-
Dasar dan Garis Panduan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/dasar-garis-panduan
-
Muat Turun Borang
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/muat-turun-borang
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2