- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Jabatan Landskap
-
Profil
Pada 1 Januari 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Dengan perisytiharaan tersebut, mulai 1 Mei 2015 Bahagian Landskap dinaiktaraf sebagai Jabatan Landskap selaras dengan perubahan-perubahan dasar, perluasan kawasan pentadbiran dan pertambahan fungsi organisasi. Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Landskap pada masa kini berada di Taman Bandaraya, Persiaran Kuari dan pejabat operasinya di Tapak Semaian, Lengkok Jesselton, Pulau Pinang.
-
Objektif
-
Mewujudkan sebuah unit khusus kepada kepakaran dalam pelaksanaan projek pengindahan landskap yang mempunyai input teknikal mengenai prosedur yang betul dan terancang.
-
Membangunkan projek-projek landskap dan taman supaya dilaksanakan dengan lebih teliti, berkualiti dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
-
Memastikan setiap dasar dan garis panduan dari kerajaan pusat berkenaan bidang landskap digunapakai oleh Majlis dalam tugasan harian supaya matlamat kerajaan dalam program Ke Arah Negara dalam Taman.
-
Melaksanakan visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu “Penang Safer, Cleaner, Greener and Healthier” dapat dicapai.
-
Pemantauan perkhidmatan pemotongan rumput dengan lebih berkesan seterusnya akan mewujudkan kawasan Bandaraya yang lebih bersih dan indah.
-
Mempertingkatkan lagi kualiti Landskap dan kebersihan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk penduduk setempat dan penarikan pelancongan selaras dengan hasrat kerajaan negeri serta menonjolkan Pulau Pinang di peringkat antarabangsa.
-
Memperkasa penguatkuasaan bagi memastikan tugas-tugas pengawalan dan pemantauan permohonan penebangan, cantasan dan pengalihan pokok rendang mematuhi peruntukan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
-
-
Fungsi
-
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TANAH LAPANG
I. Pemotongan Rumput Di Bahu Jalan & Tanah LapangII. Permohonan Tempahan Padang dan Tanah Lapang
III. Perlaksanaan Kebun Komuniti
IV. Perlaksanaan program Rakan Taman
V. Pemantauan terhadap kontraktor pemotongan rumput
VI. Memantau kegunaan dan salah guna tanah lapang Majlis
VII. Memastikan tanah lapang dalam keadaan baik, kemas dan selamat
-
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
I. Melaksanakan fungsi pengurusan personelII. Menyelaraskan mesyuarat, arahan perubahan/lanjutan masa/
III. pembangunan
IV. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran
V. Menyelaraskan lawatan rasmi, lawatan sambil belajar dan latihan praktikal
VI. Menguruskan kewangan dan belanjawan
VII. Menyediakan bajet tahunan
VIII. Menguruskan perolehan, inventori, aset & pelupusan
IX. Menguruskan aduan awam, surat - menyurat dan mesyuarat
X. Penyediaan dan penyelarasan laporan tahunan
XI. Menguruskan hal-hal kebajikan kakitangan dan pekerja
XII. Mengemaskini sistem data projek-projek pembangunan, bekalan perkhidmatan dan penyelenggaraan
XIII. Penyediaan dokumen perjanjian
XIV. Penyeliaan surat-surat arahan kerja kepada kontraktor
-
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN AWAM
I. Landskap Bandar & Luar BandarII. Alat Permainan dan Alat Senaman Luar
III. Gelanggang Bola Keranjang
IV. Landskap Kejur – Lampu Solar, Kerusi, Bollard, Pagar
V. Tapak Semaian dan Taman Trafik
VI. Pasu Hiasan sempena Majlis Rasmi MBPP dan Kerajaan Negeri
VII. Kawasan penyelengaraan landskap di taman awam yang diselenggara oleh MBPP, kawasan landskap termasuk kawasan zon perindustrian bebas Fasa 1, 2, 3, 4 dan kawasan bukan zon perindustrian bebas.
-
BAHAGIAN DASAR DAN PEMBANGUNAN
a. Permohonan Pelan Landskap.
I. Menerima pelan dari pemohon, memproses dan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Mesyuarat OSC untuk pertimbangan.
II. Memantau bayaran jaminan bank dari pemohon pelan landskap.
III. Membuat semakan di tapak dan mengeluarkan Sijil Siap Kerja Landskap.
b. Ulasan Permohonan Kebenaran Merancang.
IV. Menerima pelan dari pemohon, menyediakan ulasan , untuk dibentang dalam OSC
V. Membuat semakan tapak
c. Permohonan Penebangan dan Ubah tanam Pokok.
VI. Menerima pelan dari pemohon, menyediakan ulasan, kertas kerja untuk dibentang dalam OSC
VII. Membuat semakan tapak -
BAHAGIAN ARBORIS DAN POKOK
I. Pengawalan & pemeliharaan pokok yang terlibat dengan kerja tanah dan pembinaan infrastruktur dan perbandaran baru, penyediaan dan pengurusan stok bahan tanaman, pemadanan spesis dan tapak penanamanII. Pengurusan program dan aktiviti pemangkasan, penebangan, pembajaan, pengairan, penjagaan kesihatan dan pemuliharaan zon kritikal akar serta pemantauan pokok ditanam oleh pemaju (CCC)
III. Penilaian populasi pokok berisiko, penilaian sumber pengurusan, penggubalan dasar pengurusan pokok berisiko dan menyediakan strategi pelaksanaan dasar pengurusan risiko.
IV. Merancang & melaksana program penilaian risiko, mencadang kaedah dan pelaksanaan mitigasi pengurangan risiko, penyediaan zon peta bahaya
V. Menetap dan mendaftarkan ID setiap pokok. Mengumpul, menyimpan dan mengeluar maklumat setiap pokok yang mengandungi maklumat saiz fizikal, lokasi dan kedudukan GPS, faktor persekitaran, maklumat risiko, maklumat nilai ekonomi, maklumat status warisan dan arahan pemeliharaan pokok
-
-
Perkhidmatan Kami
Tiada
-
Piagam Pelanggan
-
Permohonan pelan landskap akan diproses dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari.
-
Permohonan sijil siap kerja landskap akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
-
Ulasan untuk permohonan permit memulakan kerja tanah yang diterima dari pemohon akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari.
-
Ulasan untuk permohonan kebenaran merancang (ulasan pokok) akan diberikan dalam tempoh empat puluh (40) hari.
-
Aduan mengenai pokok tumbang akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
-
Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
-
Aduan yang diterima akan diambil tindakan di dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi di dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
-
- Carta Organisasi
-
Direktori
Sila klik di Pautan https://idirektori.penang.gov.my/pegawai?id=mJAvS9nqXz2B7VD9p1LTiA
-
Hubungi Kami
Telefon
04-218 9764 / 04-227 5653
Emel jabatanlandskap[at]mbpp[dot]gov[dot]my
Alamat Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang Pusat Informasi, Taman Bandaraya Persiaran Kuari, 10450 Pulau Pinang.
- Dasar dan Garis Panduan
-
Muat Turun Borang
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/muat-turun-borang
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2
MS
EN
