Soalan Lazim
ADUAN
-
Bagaimanakah cara untuk membuat aduan di MBPP?
- Aduan boleh dibuat melalui hotline MBPP 04-2637637 & 04-2637000
- Aduan WhatsApp 016-2004082
- Portal e-Aduan
- Emel ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
Berapa lamakah tindakan akan diambil terhadap aduan yang dikemukakan?
Akuan terima akan diberi pada hari yang sama.
-
Apakah jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada MBPP?
- Kebersihan ( sampah, parit, jalan)
- Pemangkasan pokok
- Kerosakan jalan
- Pembinaan tanpa izin
- Kemudahan awam ( lampu jalan, lampu isyarat, pondok bas, taman awam)
- Tempat letak kereta dan lain-lain
PEARL ONE TOUCH PENANG
-
Video Tutorial: Bagaimana untuk membuat tempahan melalui Pearl?
-
Video Tutorial: Bagaimana untuk membuat aduan melalui Pearl?
CUKAI TAKSIRAN
-
Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas hartanah yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti :
- Rumah Kediaman
- Bangunan Perniagaan dan Industri
- Tanah Kosong
-
Pengecualian Cukai Taksiran
Pengecualian cukai taksiran boleh diberikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan sebagai:
- Tempat awam untuk sembahyang (Rumah ibadah)
- Tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
- Sekolah Awam
- Tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang
-
Apakah perbezaan Cukai Taksiran ke atas tanah oleh MBPP berbanding dengan Cukai Tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah?
Cukai Tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai Taksiran yang dikenakan oleh MBPP ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
-
Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBPP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri.
Senarai Nilaian Baru 2020. Klik untuk maklumat lanjut. -
Berapa Lamakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran?
- Bagi 1/2 tahun pertama
- 1 Januari hingga 28 Februari
- Bagi 1/2 tahun Kedua
- 1 Julai hingga 31 Ogos
Pemilik juga dibenarkan membuat pembayaran untuk setahun bagi tahun berkenaan. Sekiranya pemunya/pemilik gagal mematuhi tempoh bayaran seperti di atas, caj denda lewat akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
LESEN PERNIAGAAN
-
Bagaimanakah cara memohon lesen untuk Pelbagai Tred Perniagaan ?
Layari Sistem uLesen dipautan https://ulesen.mbpp.gov.my untuk memohon lesen.
-
Bagaimana cara memohon Lesen Gerai Penjaja ?
Layari Sistem uLesen dipautan https://ulesen.mbpp.gov.my untuk memohon lesen.
-
Bagaimana cara memohon Lesen Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks Majlis ?
Layari Sistem uLesen dipautan https://ulesen.mbpp.gov.my untuk memohon lesen.
-
Bagaimana cara memohon Lesen Penjaja (Statik/Beredar) ?
Layari Sistem uLesen dipautan https://ulesen.mbpp.gov.my untuk memohon lesen.
KOMPAUN
-
Saya tidak pergi ke tempat kesalahan, pada tarikh kesalahan tersebut?
Berkemungkinan kenderaan tuan/puan dipinjamkan kepada ahli keluarga yang lain. Jika perkara ini masih diragui, tuan/puan diminta mengemukakan salinan geran kenderaan dan salinan piring cukai di unit 4 paras 3 Komtar untuk tindakan selanjutnya.
-
Saya hanya meletak kereta sekejap sahaja tetapi tetap dikenakan pemberitahu tentang kesalahan?
Sila rujuk ke Bahagian Penguatkuasa untuk tindakan lanjut.
PENANG SMART PARKING
-
Apakah waktu kawalan tempat letak kereta MBPP?
Waktu kawalan tempat letak kereta MBPP adalah seperti berikut :-
-
Isnin -Sabtu : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
-
Ahad dan Cuti Umum Percuma
-
-
Bagaimanakah cara untuk membayar parkir tempat letak kereta?
Bayaran boleh dibuat melalui Aplikasi Penang Smart Parking atau melalui ejen e-kupon yang dilantik.
-
Bagaimanakah cara untuk membeli Pas Bulanan Tempat Letak Kereta?
Pembelian pas bulanan boleh diibuat melalui Aplikasi Penang Smart Parking atau dengan layari portal Penang Smart Parking di pautan https://psp.penang.my
-
Berapakah harga Pas Bulanan Tempat Letak Kereta?
Kadar Pas bulanan Tempat Letak Kereta adalah RM150.00 sebulan.
-
Berapakah kadar sewa petak khas sebulan dan bagaimanakah cara untuk memohon?
Kadar sewa petak khas adalah RM200.00 sebulan bagi satu petak. Permohonan boleh dibuat dengan layari portal Penang Smart Parking di pautan https://psp.penang.my
-
Berapakah kadar sewa petak sementara dan bagaimanakah cara untuk memohon?
Kadar sewa petak sementara adalah RM8.00 sehari untuk satu petak letak kereta.
Permohonan boleh dibuat dengan layari portal Penang Smart Parking di pautan https://psp.penang.my
-
Bagaimanakah cara untuk memohon Pas Percuma Letak Kereta OKU?
Borang permohonan Pas Percuma Tempat Letak Kereta OKU MBPP boleh dimuat turun di sini atau hadir secara fizikal di kaunter MBPP Paras 3.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Paras 17, KOMTAR, Jalan Penang
10675 Pulau Pinang
No Tel: 04-259 2020
Hotline: 04-263 7637 / 04-263 7000
WhatsApp: 016-2004082
Emel: