Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti

08 Februari, 2023

  • Profil

    Pada 1 Oktober 2004, Penstrukturan semula Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berikutan penstrukturan semula ini sebanyak lapan (8) jabatan telah diwujudkan berbanding sepuluh (10) jabatan sebelum ini.

    Melalui proses penstrukturan ini, satu jabatan baru telah diwujudkan iaitu Jabatan Khidmat Kemasyarakatan. Pada 1 Februari 2005. Jabatan Khidmat Kemasyarakatan telah mula beroperasi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

    Pada 15 Julai 2011, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan secara rasminya telah diberi penjenamaan baharu iaitu Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa di mana Unit Landskap telah diletakkan di bawah seliaan Jabatan ini mulai 1 November 2011.

    Penempatan Unit Landskap dalam Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa adalah bagi pengurusan dan pelaksanan projek-projek landskap dan pemantauan pokok-pokok disekitar Pulau Pinang secara berkesan dan teratur.

    Pada 1 Mei 2015, Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa telah ditukarkan kepada Jabatan Khidmat Kemasyarakatan memandangkan tiada kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala Unit Landskap juga telah diwujudkan sebagai satu Jabatan berbesa. Walau bagaimanapun pada 1 Januari 2022 Jabatan Khidmat Kemasyarakatan telah ditukarkan nama kepada Jabatan Pengurusan Korporat & Komuniti dan Unit Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam ditampatkan di bawah seliaan Jabatan.

  • Objektif

    Komited memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi standard kualiti dan piagam pelanggan yang ditetapkan. Objektif kami ialah untuk:

    1. Meningkatkan kuali, penyampaian perkhidmatan melalui amalan urus tadbir baik dan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian dengan pengamalan ‘No Wrong Door Policy’.

    2. Merancang dan melaksanakan pembangunan yang seimbang dan memelihara alam sekitar yang berkuali,.

    3. Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang berkuali, perkhidmatan masyarakat yang ‘Vibrant’ dan persekitaran yang bersih dan indah.

    4. Meningkatkan budaya hidup berkualiti, memulihara warisan dan menggalakkan penglibatan komuni, untuk mencapai pembangunan awam.

  • Fungsi
    1. Melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas melalui ak,vi, riadah dan rekreasi dengan menyediakan kemudahan awam seper, Stadium, Kompleks Sukan, Balai Rakyat dan taman-taman awam.

    2. Meningkatkan hubungan baik dengan Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta untuk tujuan mendapatkan kerjasama dan penganjuran bersama program komuni,.

    3. Mengeratkan hubungan dengan NGO’s dengan tujuan mengawal keindahan taman-taman awam dengan penganjuran program riadah dan rekreasi.

    4. Menyelaras penyelenggaraan Zon Perindustrian Bebas dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi.

    5. Memartabatkan MBPP di peringkat antarabangsa melalui program bandar berkembar & bandar persahabatan.

    6. Membantu dan menyokong industri pelancongan dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan dan peningkatan infrastruktur yang sedia ada.

    7. Merancang dan melaksanakan program-program komuniti, dan kemasyarakatan dengan kerjasama dan penglibatan NGO, komuniti, dan persatuan penduduk bersama agensi-agensi kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang ceria, positif dan penyayang.

    8. Menyelaras dan menggalakkan pembangunan kebudayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang sama ada di peringkat negara ataupun antarabangsa.

    9. Bertanggungjawab dalam hubungan dengan Bandaraya, Pihak Berkuasa Tempatan dan Organisasi di peringkat Antarabangsa terutama dalam aspek Pelancongan, Sukan, Kebudayaan, “Friendship City” dan Bandar Berkembar.

    10. Bertindak sebagai sekretariat untuk Tourism Promotion Organization For AsiaPacific (TPO).

  • Perkhidmatan Kami
    1. Pengurusan Aduan

    2. Tempahan Tempat Majlis

    3. Pengurusan Acara

  • Piagam Pelanggan
    1. Mengadakan mesyuarat koordinasi tempahan dua (2) minggu sekali untuk memastikan aktiviti-aktiviti, di balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam & rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya berjalan dengan lancar di samping mengadakan program komuni, satu kali dalam sebulan.

    2. Menceriakan suasana taman melalui aktiviti-aktiviti, rekreasi di Taman Bandaraya (Youth Park) setiap minggu seper, senamrobik, taichi, memanah, 'line dance', 'ballroom dancing' dan xiang gong sekurang-kurangnya 87 kali setahun.

    3. Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam dan rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya akan diputuskan serta merta dan permohonan secara surat-menyurat akan dijawab dalam tempoh masa satu (1) minggu hingga dua (2) minggu.

    4. Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari.

  • Carta Organisasi

    Carta Organisasi Pengurusan Korporat

  • Direktori
  • Hubungi Kami

    Telefon      

    04-226 2959 / 04-226 2953

    Emel

    jpkk[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    Alamat

    Pusat Informasi Taman Bandaraya (Youth Park), Persiaran Kuari, 10450 Pulau Pinang

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan