Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Khidmat Pengurusan

08 Februari, 2023

  • Profil

    Jabatan Sekretariat ditubuhkan pada tahun 1976 berikutan pada pelaksanaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang melibatkan percantuman antara Majlis Bandaraya Georgetown dengan Majlis Daerah Luar Bandar ketika itu.

    Jabatan Sekretariat pada masa itu diketuai oleh Pengarah Pentadbiran dan kini selepas penyusunan semula organisasi mengikut Sistem Saraan Baru (SSB), Jabatan Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Perbandaran sendiri. Sktruktur organisasi baharu Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah berkuatkuasa 1 Oktober 2004. Jabatan Khidmat Pengurusan yang wujud hasil penskrukturan semula ini mengambilalih kebanyakan tugas Jabatan Sekretariat kecuali aktiviti riadah, rekreasi, pelancongan dan pengurusan Zon Perindustrian Bebas (FIZ). Bahagian Sistem Maklumat yang dahulunya di bawah Jabatan Kewangan telah diletakkan di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan. Walau bagaimanapun, Jabatan Khidmat Pengurusan telah distrukturkan semula sebagai Jabatan Korporat pada tahun 2011. Namun, pada tahun 2015 Jabatan Korporat telah ditukarkan semula sebagai Jabatan Khidmat Pengurusan sehingga kini.

  • Objektif
    1. Mewujudkan kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran Majlis.

    2. Menentukan semua urusan Mesyuarat-mesyuarat Majlis berjalan dengan teratur dan mengikut jadual.

    3. Mewujudkan tenaga kerja yang mahir dan berdisiplin serta penggunaan personel secara optima.

    4. Menjamin keselamatan harta benda Majlis serta kawalan keselamatan dalam kawasan pentadbiran Majlis.

    5. Mengendali dan mempertingkatkan Sistem Maklumat Majlis.

  • Fungsi

    1. BAHAGIAN PENTADBIRAN & URUSETIA

    1. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan kewangan.
    2. FAIL & PERCETAKAN
    1. Mengurus hal-hal berkaitan pengurusan rekod dan fail
    3. PEROLEHAN
    1. Mengurus perolehan sebut harga dan tender jabatan
    4. PERUMAHAN & KUARTERS
    1. Mengurus dan menyelenggara kuarters dan rumah peranginan.

    2. Menyelaras pinjaman perumahan kerajaan bagi kakitangan.

    5. BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN - PERJAWATAN
    1.  PERANCANGAN MODAL INSAN
      1. Perancangan tenaga manusia
      2. Pengambilan kakitangan tetap/kontrak/sambilan
      3. Pengukuhan Perjawatan
      4. Kenaikan pangkat/ pemangkuan/ fleksi
      5. Semakan pengiktirafan kelayakan
      6. Pusingan Kerja
      7. Pertukaran/ peminjaman kakitangan
      8. Pelarasan Gaji
      9. Senarai Perjawatan
      10. Pemakaian skim-skim perkhidmatan baru
    2. HRMIS
      1. KUP 15 Tahun/ TBK 13 Tahun
      2. Pertukaran pelantikan kakitangan apabila berlaku perubahan skim perkhidmatan
      3. Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan HRMIS peringkat Majlis (Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Cuti, Pengurusan Prestasi)
      4. Data Perjawatan

    5. BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN - PERKHIDMATAN 

    1. SARAAN DAN PASCA PERKHIDMATAN
      1. Melaksanakan urusan persaraan kakitangan (Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan, Persaraan atas sebab kesihatan dan Kematian dalam perkhidmatan)
      2. Memproses kelulusan Gantian Cuti Rehat kakitangan
      3. Mengurus pemberian Ex-Gratia Kematian.
    2. BELANJA PERUBATAN
      1. Mengurus kemudahan permohonan perbelanjaan perubatan oleh  pesara dan kakitangan
      2. Mengurus tuntutan berkaitan pampasan Insurans dan  Skim Ex-Gratia
    3. LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
      1. Melaksanakan urusan pemberian taraf berpencen kakitangan
      2. Menguruskan urusan pengesahan kakitangan.
      3. Memproses kelulusan urusan penanggungan kerja kakitangan
      4. Mengurus urusan prestasi kakitangan.
      5. Memproses permohonan Cuti kakitangan (CTR, CTG dan Cuti Sakit Lanjutan)
      6. Memproses permohonan-permohonan kakitangan berkaitan hitungan kilometre, cuti, elaun, dan permohonan keluar Negara
      7. Mengurus rekod/maklumat mengenai pengisytiharan harta kakitangan.
      8. Mengurus Buku Perkhidmatan kakitangan.

    6. BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

    1. Pembangunan, pengembangan, Pindaan Sistem Aplikasi dan sokongan teknikal.

    2. Sistem Operasi komputer dan sokongan teknikal.

    7. BAHAGIAN KESELAMATAN
    1. Urusan Pengeluaran Pas dan Permit Barangan Terpakai bagi Zon Perindustrian Bebas FIZ.

    2. Urusan Permohonan Pas Keselamatan KOMTAR.

    3. Urusan pemeriksaan Keselamatan dan Kebakaran Jabatan.

    4. Urusan permohonan Kad Kuasa dan Kad Pengenalan Kakitangan Majlis.

    8. UNIT INTEGRITI

    1. Menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi dan melaksanakan urusan tatatertib
  • Perkhidmatan Kami

    Tiada

  • Piagam Pelanggan
    1. Permohonan yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalam perkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.

    2. Temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% proses pengisian dibuat dalam tempoh 3 hingga maksimum 4 bulan daripada tarikh kelulusan pengisian.

    3. Permohonan untuk permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasan perindustrian akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.

    4. Permohonan untuk pas zon perindustrian bebas FIZ dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan.

    5. Tindakan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT yang ditetapkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan aduan.

    6. Memproses dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/kursus/seminar/ konvensyen di dalam dan luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.

    7. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1) kali sebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat berkenaan diadakan.

    8. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

    9. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh (3) hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan Am. Maklumbalas hasil siasatan dan tindakan hendaklah tidak melebihi KPI yang telah ditetapkan.
  • Carta Organisasi

    carta organisasi

  • Direktori
  • Hubungi Kami
    Telefon          

    04-259 2020

    Emel

    -

    Alamat

    Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 17, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan