Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Logo

31 Oktober, 2022

logo mpbb

Simbolisma Dan Makna Perhiasan-Perhiasan Yang Membentuk Lambang Secara Ringkas

  • Perisai Malaysia
    Perisai adalah jenis yang dikaitkan dengan Malaysia.
  • Moto
    "Memimpin Sambil Berkhidmat" dalam Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Rasmi Malaysia.
  • Kalungan/Serban
    Kalungan atau serban adalah lambang perisytiharanyang dikaitkan dengan kain lilitan kepala seperti yang dipakai oleh Pegawai Melayu dan juga serban tradisi yang hujungnya terjurai keluar seperti kadang kala dipakai oleh orang-orang Melayu dan India di Pulau Pinang.
  • Pokok Pinang
    Sejenis pokok yang didapati di merata-rata tempat di Pulau Pinang yang ada kaitan dengan kerja tangan kampung, tarian-tarian tradisi, anyaman, pantun, jambatan yang kasar pembuatannya, perkakas memasak, masakan tempatan, dsb.
  • Barry Wavy
    Satu simbol perisytiharan berbentuk air atau laut berombak, melambangkan status Pulau Pinang sebagai sebuah pulau dan penggantungan ekonominya khususnya kepada laut.
  • Ikan Lumba-Lumba
    Satu lagi simbol perisytiharan yang berkait dengan laut. Ia melambangkan kehidupan laut yang terdapat dengan banyaknya di perairan sekeliling Pulau Pinang dan ia juga melambangkan suasana ceria dan riang-gembira yang berkait dengan keistimewaan Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan antarabangsa.

Agama

  • Puncak Kehijauan
    Agama rasmi Negeri Pulau Pinang. 5 bucu bintang melambangkan lima Rukun Islam.

Fizikal

  • Puncak Kehijauan
    Ini melambangkan bukit-bukit yang kehijauan lagi menarik yang menjadi latar belakang Pulau Pinang.
  • Serban Dengan Hujung Terjurai
    Warna hijau dan emas pada lilitan kepala dalam jata juga melambangkan tumbuh-tumbuhan yang segar dan indah dan pantai-pantai keemas-emasan negeri ini, yang bermandikan sinar suria keemas-emasan. Ia juga jelambangkan pembangunan yang pesat.

Sejarah

  • Tembok Kota
    Kota Cornwallis Pulau Pinang yang bersejarah. Ia juga melambangkan kekuatan dan perpaduan.
  • Moto
    "Memimpin Sambil Berkhidmat" adalah alusi moto Majlis Bandaraya George Town yang dahulu"Leading We Serve". Diterjemahkan ertinya "Melalui Perkhidmatan Kami Memimpin" atau "Memimpin Sambil Berkhidmat".