- Perkhidmatan Utama
- Jabatan
- Kawalan Bangunan
- Kejuruteraan
- Kesihatan Persekitaran
- Perbendaharaan
- Penilaian & Pengurusan Harta
- Perancangan Pembangunan
- Khidmat Pengurusan
- Penguatkuasaan
- Konservasi Warisan
- Perkhidmatan Perbandaran
- Landskap
- Pelesenan
- Pengurusan Korporat Dan Komuniti
- Pesuruhjaya Bangunan
- Unit Undang-Undang
- Unit Audit Dalam
- Unit Penyelarasan Pembangunan
- Unit Pusat Sehenti (OSC)
- Unit Integriti
- Bandar Mesra Usia
- Peta Had Sempadan Penyelenggaraan
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
-
Profil
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011.
Berdasarkan kepada Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) telah diwartakan pada 12 April 2007. Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke 57 pada 23 Mac 2007 telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melantik Datuk Bandar bagi Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Pesuruhjaya Bangunan. Selaras dengan itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Bangunan mulai 16 Mei 2007.
-
Objektif
Untuk memastikan Pemaju, Pembeli/Pemilik Petak, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Ejen Pengurusan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama dalam keadaan yang memuaskan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
-
Fungsi
-
Mewujudkan, menyenggara dan mengemaskinikan maklumat pemajuan berstrata.
-
Menyelaras pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
-
Memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
-
Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijil JMB.
-
Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
-
Memberi khidmat nasihat kepada pemaju/JMB/MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
-
Memberi taklimat/penerangan berkaitan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan menghadiri mesyuarat agung tahunan JMB/MC.
-
-
Perkhidmatan Kami
Pesuruhjaya Bangunan bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dijalankan oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dan Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation (MC). Peranan utama Pesuruhjaya Bangunan (COB) ialah menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah diwartakan pada 12 Jun 2015 bagi Negeri Pulau Pinang
-
Piagam Pelanggan
-
Memastikan pemaju memangil mesyuarat AGM pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 12 bulan selepas penyerahan pemilikan kosong.
-
Mengeluarkan Sijil Perakuan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
-
Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam tempoh tidak melebihi 15 bulan dari tarikh mesyuarat sebelumnya.
-
Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) mengemukakan minit Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)/ laporan akaun yang diaudit dalam tempoh 28 hari selepas AGM diadakan.
-
Memberikan pengesahan pengeluaran Sijil Perakuan penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh 2 minggu selepas surat diterima daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
-
Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
-
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan
-
-
Carta Organisasi
Sedang dikemaskini.
-
Direktori
Nama
Jawatan
Telefon(Pejabat)
Emel[at]mbpp[dot]gov[dot]my
Nurul Azian binti Mohd Nordin
Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
259 2106
azian
Ng Ah Hong Ketua Pembantu Penilaian 259 2208
samb. 2423ngah Muhammad Naim Aiman bin Mohd Khair Pegawai Penilaian 259 2206
samb. 2006naimaiman Nor Syamimi binti Mohd Affandi
Pegawai Penilaian
269 0024
samb. 3024norsyamimi
Hayatul Syamila binti Mohd Saleh
Penolong Pegawai Penilaian (1)
269 0023
samb. 3023syamila
Nor Kamarina binti Abdul Wahab Penolong Pegawai Penilaian (2) 269 0019
samb. 3019kamarina Nur Syahirah Iwani binti Ahmas Shahar Penolong Pegawai Penilaian (3) 269 0019
samb. 3019nursyahirah Nur Syazaliyana binti Rosly Penolong Pegawai Undang-Undang 269 0023
samb. 3023syazaliyana Normarzani binti Marasik
Penolong Akauntan
269 0020
samb. 3020noormarzani
Jazmi bin Jelaini
Penolong Pegawai Tadbir
259 2208
samb. 2425jazmi
Marina binti Mohamed Dahlan
Pembantu Tadbir Kanan
259 2110
samb. 2110marina
Syazwan Akmal bin Sabri Pembantu Penilaian 269 0018
samb. 3018syazwanaqmal Syamsul Syaaban bin Sabri Pembantu Penilaian 269 0018
samb. 3018syaaban Mohammad Syaradzi bin Sholihin Pembantu Penilaian 269 0021
samb. 3021syaradzi Norhayati binti Abdul Rahim Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) 259 2208
samb. 2208norhayatiabdrahim Ismail bin Ibrahim Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) samb. 2415 ismail Noorul Jasmin binti Noorul Haq Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) samb. 2442 nooruljasmin Nur Aqidah binti Abd Aziz Pembantu Tadbir (Kewangan) 259 2208
samb. 2420nuraqidah -
Hubungi Kami
Telefon 04-259 2208
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 11, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang.
-
Dasar dan Garis Panduan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/dasar-garis-panduan
-
Muat Turun Borang
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/muat-turun-borang
-
Perundangan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/perundangan
-
Penerbitan
Sila klik di pautan https://www.mbpp.gov.my/ms/korporat/sumber/penerbitan-2
MS
EN