Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Penutupan Sementara Semua Perkhidmatan dalam Talian MBPP bagi Memberi Laluan kepada Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berjadual Infrastruktur ICT

19 Januari, 2026

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual infrastruktur ICT akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh Mula   : 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 10:00 malam

Tarikh Tamat :  02 Februari 2026 (Isnin), jam 8:00 malam

Sehubungan itu, semua perkhidmatan dalam talian Majlis tidak dapat diakses buat sementara waktu sepanjang tempoh berkenaan KECUALI

  • Aplikasi Penang Smart Parking (orang awam boleh membuat bayaran tempat letak kereta dan kompuan seperti biasa)

Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut adalah amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.