Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual infrastruktur ICT akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Mula : 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 10:00 malam
Tarikh Tamat : 02 Februari 2026 (Isnin), jam 8:00 malam
Sehubungan itu, semua perkhidmatan dalam talian Majlis tidak dapat diakses buat sementara waktu sepanjang tempoh berkenaan KECUALI
- Aplikasi Penang Smart Parking (orang awam boleh membuat bayaran tempat letak kereta dan kompuan seperti biasa)
Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut adalah amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.