Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

eParticipation

11 January, 2023

POLISI EPARTICIPATION :

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan/Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam Portal Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang :

1. Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-

  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah,kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.

  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.

2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).

3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.

4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.

5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.

EPARTICIPATION :

Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan berkenaan topik yang dibincangkan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.
 
KAJI SELIDIK YANG SEDANG DIBUKA

KAJI SELIDIK KEPUASAN KHIDMAT PELANGGAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG