Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

Profil Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011. Berdasarkan kepada Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) telah diwartakan pada 12 April 2007. Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke 57 pada 23 Mac 2007 telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melantik  Datuk Bandar bagi Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Pesuruhjaya Bangunan. Selaras dengan itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau...
  • Hits: 10629

Jabatan Landskap

Profil Pada 1 Januari 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Dengan  perisytiharaan tersebut, mulai 1 Mei 2015 Bahagian Landskap dinaiktaraf sebagai Jabatan Landskap selaras dengan perubahan-perubahan dasar, perluasan kawasan pentadbiran dan pertambahan fungsi organisasi. Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Landskap pada masa kini berada di Taman Bandaraya, Persiaran Kuari dan pejabat operasinya di Tapak Semaian, Lengkok Jesselton, Pulau Pinang. ...
  • Hits: 6347

Jabatan Konservasi Warisan

Profil Jabatan Warisan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011. Ini adalah selaras dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di mesyuarat ‘World Heritage Committee’ yang ke 32 yang telah diadakan pada 7 Julai 2008 di Quebec City,Kanada. Penubuhan sebagai sebuah Jabatan Konservasi Warisan (2015) di bawah pihak berkuasa tempatan, Majlis merupakan salah satu komitmen kerajaan seperti yang termaktub dalam  dokumen ’Pelan Pengurusan Warisan’ ataupun ‘Heritage Management...
  • Hits: 5096

Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti

Profil Pada 1 Oktober 2004, Penstrukturan semula Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berikutan penstrukturan semula ini sebanyak lapan (8) jabatan telah diwujudkan berbanding sepuluh (10) jabatan sebelum ini. Melalui proses penstrukturan ini, satu jabatan baru telah diwujudkan iaitu Jabatan Khidmat Kemasyarakatan. Pada 1 Februari 2005. Jabatan Khidmat Kemasyarakatan telah mula beroperasi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.Pada 15 Julai 2011,...
  • Hits: 4322

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Profil Bahagian Perkhidmatan Perbandaran telah ditubuhkan pada 16 Januari 1992 dan dinaiktaraf ke Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Di Bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan mewujudkan pengkhususan fungsi khasnya Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Berdasarkan kepada hasrat untuk “Mengembalikan Dan Mengekalkan Sinar Pulau Mutiara”, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menetapkan strategi-strategi seperti mempertingkatkan mutu perkhidmatan bagi mewujudkan...
  • Hits: 6652

Jabatan Pelesenan

Profil Pada tahun 2015, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pelesenan digabungkan dan berfungsi sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan. Walau bagaimanapun, mulai 1 Sepember 2021 Bahagian Pelesenan telah dikenali sebagai Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Objektif Pengeluaran lesen untuk perniagaan dan...
  • Hits: 17642

Jabatan Kesihatan Persekitaran

Profil Jabatan Kesihatan telah dibuat penstrukturan semula pada tahun 1903 selepas Pulau Pinang menghadapi masalah kesihatan awam yang serius. Seorang Deputy Health Officer telah dilantik pada 1905 untuk menerajui Jabatan Kesihatan (Municipal Health Department). Ia telah diperluaskan pada tahun 1975 setelah Majlis Perbandaran Pulau Pinang ditubuhkan, iaitu satu gabungan City Council of George Town dengan Majlis Daerah Luar Bandar. Pada tahun 1993, Jabatan Kesihatan Awam ditubuhkan berikutan susunan...
  • Hits: 6694

Jabatan Kawalan Bangunan

Profil Jabatan Bangunan telah ditubuhkan pada tahun 1974 iaitu apabila Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar digabungkan. Jabatan Bangunan terletak di paras 14 bangunan KOMTAR dan diterajui oleh seorang Pengarah Bangunan dengan 102 perjawatan. Penstrukturan semula pada 1 Januari 2014 telah menyaksikan perubahan di mana Jabatan Bangunan di tukarkan kepada Jabatan Kawalan Bangunan. Sewaktu Penstrukturan semula Majlis Bandaraya Pulau Pinang tersebut, Jabatan Kawalan Bangunan terbahagi...
  • Hits: 10658

Jabatan Kejuruteraan

Profil JABATAN KEJURUTERAAN,  MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG Sejak Dewan Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar digabungkan menjadi Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang pada tahun 1974, Jabatan telah mengalami banyak perubahan dari segi organisasi. Pada tahun 1993, Jabatan Perkhidmatan Jentera yang dipisahkan dari Jabatan Kejuruteraan telah dicantumkan semula degan Jabatan Kejuruteraan. Pengswastaan Bahagian Bentungan telah berlaku pada 1 Mac 1996 di mana Bahagian Bentungan...
  • Hits: 7486