Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Bandar Mesra Usia

16 Jun, 2023

Pengenalan

  • Mengikut data terkini, Pulau Pinang adalah negeri kedua dengan populasi warga emas yang tinggi dimana 7.7% penduduknya adalah berumur 65 tahun ke atas. Peratusan ini melebihi penanda aras 7% yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu keadaan sebagai "penuaan" (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2023).
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mentakrifkan tiga kategori penuaan: Ageing Society (7%), Aged Society (14%) dan Super-Aged Society (20%), yang merujuk kepada populasi berumur 65 tahun.
  • Berdasarkan Perangkaan Utama Penduduk, Daerah Pentadbiran, Pulau Pinang, 2020-2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berumur 65 tahun ke atas bagi tahun 2023 telah mencecah 7.7%. Dengan statistik ini, Pulau Pinang telah mencapai status masyarakat yang semakin tua.
  • https://extranet.who.int/agefriendlyworld/network/penang-island/ 
  afc.png
  •  Bandar Mesra Usia (AFC) adalah rangka kerja yang dibangunkan oleh WHO dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan khusus orang dewasa yang lebih tua.

  • Ia adalah tempat di mana semua peringkat umur boleh tinggal, bekerja, dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, ekonomi, dan budaya dengan maruah, autonomi, dan hormat.

  • MBPP sedang berada di Kitaran 1: Fasa 3 di dalam merangka Pelan Tindakan Strategik Bandar Mesra Usia bagi tahun 2024-2025 dimana ianya bakal di publisitikan pada Ogos 2024.
 who.png

 AFC Penang Island Certificate 1

MBPP yang bertindak sebagai Pelaksana Projek telah bekerjasama Bersama Penang Women’s Development Corporation (PWDC) selaku Pengurus Projek dan Malaysian Healthy Aging Society (MHAS) selaku  Konsultan Projek bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Mesra Usia.

https://pwdc.org.my/

https://healthyageing.org/afc-penang/

MBPP telah menjadi sebahagian daripada Global Network for Age-Friendly Cities and Communities sejak 28 Julai 2023 dan berikut merupakan Sijil Keahlian daripada World Health Organization berkaitan pengikitirafan tersebut.

 

 sektor_utama_afc.png

  1.  WHO mencadangkan lapan (8) domain yang saling berkaitan yang boleh membantu mengenal pasti dan menangani halangan kepada kesejahteraan.

  2. Domain ini akan membantu MBPP mengutamakan kewujudan persekitaran yang menggalakkan penuaan aktif dan sihat.

  3. Ianya juga menggalakkan hubungan antara generasi dan memupuk semangat kemasyarakatan dengan penganjuran aktiviti yang mengajak orang ramai dari pelbagai peringkat umur untuk turut serta.

  4. Walaupun MBPP telah menetapkan 4 domain utama untuk diberi fokus iaitu Sistem Perumahan,, Saling Menghormati & Keterangkuman Sosial, Berkomunikasi & Informasi dan Sokongan Masyarakat & Perkhidmatan Kesihatan bagi tahun 2024, MBPP juga melaksanakan 4 domain lain bersama-sama yang meliputi Ruang Awam & Bangunan, Sistem Pengangkutan, Penglibatan Sosial dan juga Penglibatan Sivik dan Peluang Pekerjaan.

 

Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Strategik bagi Bandar Mesra Usia MBPP telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 12-13 Disember 2022, 9-10 Januari 2022 dan juga  2-3 Disember 2023 melibatkan agensi-agensi kerajaan, orang awam dan juga NGO-NGO bagi mendapatkan input-input serta pandangan yang berkaitan sebelum diselaraskan dan dimasukkan ke dalam Pelan Tindakan Strategik Bandar Mesra Usia. Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Strategik Bandar Mesra Usia MBPP

picture1

 

8 Domain Bandar Mesra Usia

.Ruang Awam dan Bangunan Penang Island Logo 8 Domains 02
Sistem Pengangkutan
Penang Island Logo 8 Domains 01
Sistem Perumahan
 Penang Island Logo 8 Domains 05
Penglibatan Sosial
 Penang Island Logo 8 Domains 03
Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial
 Penang Island Logo 8 Domains 07
Penglibatan Sivik dan Peluang Pekerjaan
Penang Island Logo 8 Domains 06
Berkomunikasi dan Informasi
Penang Island Logo 8 Domains 04
Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

 

.

Ruang Awam dan Bangunan

  • Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
 Penang Island Logo 8 Domains 02

Sistem Pengangkutan

  • Meningkatkan akses kepada dan kesedaran mengenai pilihan mobiliti yang berpatutan, selamat, dan adil untuk orang dewasa tua di semua bahagian Pulau Pinang.
 Penang Island Logo 8 Domains 01

Sistem Perumahan

  • Menambah baik pilihan dari segi kemampuan, kualiti dan pemantapan perumahan kepada warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 05

Penglibatan Sosial/Masyarakat

  • Mempromosikan peluang yang pelbagai dan mempermudahkan akses bagi penyertaan dan penglibatan untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
 Penang Island Logo 8 Domains 03

Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial

  • Menegakkan prinsip warga emas berusia 60 tahun dan ke atas sebagai ahli Masyarakat yang penting dan bernilai pada komuniti.
 Penang Island Logo 8 Domains 07

Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan

  • Menghubungkan warga emas dengan sumber yang dapat membantu mereka mencapai kepelbagaian pekerjaan dan peralihan kerjaya.
 Penang Island Logo 8 Domains 06

Berkomunikasi dan Informasi

  • Memberi kesedaran dan akses kepada perkhidmatan dan sokongan yang sedia ada untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 04

Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

  • Memastikan komuniti mempunyai sumber yang berpatutan dan boleh dicapai sebagai matlamat agar dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu sepanjang proses penuaan.

1: Ruang Awam dan Bangunan

  • Rekabentuk Taman Kejiranan memenuhi kriteria “Universal design and accessibility in the built environment” yang mengambilkira rekabentuk sejagat amat diberi keutamaan iaitu mempunyai rekabentuk yang mencapai tahap penggunaan yang sama rata kepada golongan yang mempunyai keupayaan yang berbagai-bagai, lebih-lebih lagi untuk warga emas serta taman kejiranan yang mempunyai ruang dan saiz yang mesra pengguna yang mampu menawarkan pilihan kepada pengguna samada mahu beriadah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.

 

  • Terdapat pelbagai Projek Menaiktaraf Taman-Taman dilakukan bagi meningkatkan nilai estetika, menggalakkan peningkatan penglibatan komuniti yang lebih besar dalam aktiviti rekreasi, menambahbaik elemen keselamatan, persekitaran yang lebih selamat serta mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan. Selain itu juga, projek menaiktaraf ini dilakukan bagi menggalakkan pemuliharaan biodiversti dan menyokong ekosistem tempatan. Ianya mampu menyumbang kepada tahap kepuasan dan kesejahteraan yang lebih tinggi di kalangan penduduk. Penaiktarafan juga berbentuk penyediaan ruang untuk senaman fizikal, bersantai dan melegakan tekanan disamping menyumbang kepada hasil kesihatan awam yang lebih baik dan meningkatkan kulaiti kehidupan. Di antara Projek Menaiktaraf yang dilakukan oleh MBPP adalah:
    • Projek Menaiktaraf Taman Kejiranan Bukit Jambul, Bayan Lepas
    • Projek Menaiktaraf Linear Garden
    • Projek Menaiktaraf Taman Kejiranan Lengkok P.Ramlee
    • Projek Menaiktaraf Taman Kejiranan Sungai Ara
    • Projek Menaiktaraf Taman Lintang Penara


Taman Kejiranan Bukit Jambul 


Taman Kejiranan Sungai Ara

 

  • Dewan Bandaran atau dikenali sebagai "Town Hall" yang dilengkapi ruang galeri pameran, dewan "ballroom" dan bilik serbaguna, ia juga dilengkapi kemudahan lif, tandas dan ramp yang khusus kepada golongan "Orang Kelainan Upaya". Ini membolehkan Dewan Bandaran dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat/komuniti melalui penganjuran aktiviti kebudayaan, kesenian dan pelbagai lagi. Selain itu, projek menaiktaraf kompleks, pasar dan dewan turut dilakukan bagi memastikan ruang dan kemudahan yang direka bentuk dapat diakses dengan mudah oleh semua golongan berdasarkan Universal Design. Di antara bangunan yang dinaiktaraf adalah seperti berikut:
    • Projek Menaiktaraf Kompleks Medanika
    • Projek Menaiktaraf Bumbung Building Komplek Medan Renong
    • Projek Menaiktaraf Dewan Bandaran (Town Hall)
    • Projek Menaiktaraf Pasar Teluk Bahang

 

 

 

  •  Penyediaan Kemudahan Awam Dan Persekitaran Mesra O.K.U. Berdasarkan Konsep Rekabentuk Sejagat bagi keselesaan semua.
 No.  Lokasi
 1.  Kompleks Dan Pasar Padang Tembak,​ Pulau Pinang.​
 2.  Astaka ​Dan Pasar Batu Lancang, Pulau ​Pinang.​
 3.  Kompleks Penjaja Desa Mayang​
 4.  Kompleks Padang Brown​
 5.  Kompleks Bukit Gedung​
 6.  Kompleks Desa Genting​
 7.  Kompleks Tanjung Bungah​
 8.  Astaka Coolie Lines 
 9.  Pasar Dan Kompleks Penjaja Bayan Baru​
 10.  Pasar Pulau Tikus​
 11.  Pasar Lebuh Cecil​
 12.  Pasar Telok Bahang​
 13.  Pasar Jelutong​
 14.  Pasar Chowrasta
 15.  Pasar Air Itam​
 16.  Pejabat Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Taman Belia (Dalam Pembinaan)

  

 

No. Lokasi
 1.  Tandas Pantai Mas​
 2.  Tandas Medan Renong​
 3.  Tandas Padang Kota​
 4.  Tandas Pasar Padang Tembak​
 5.  Tandas Batu Lancang​
 6.  Tandas Pasar Tanjung Bungah​
 7.  Surau Lebuh Duke​
 8.  Tandas Pantai Miami (Dalam Pembinaan)​


 2: Sistem Pengangkutan

  • Kerjasama dengan Penang Rapid Bus dalam pelaksanaan pengangkutan awam PERCUMA sebagai insentif mampu milik untuk semua rakyat Pulau Pinang sperti Central Area Transit (CAT), Bridge Express Shuttle Transit' (BEST) , CATBridge

  • Berkonsepkan mesra penunggang basikal, Bas "menyedia platform dan membenarkan basikal dibawa bersama. Ini membolehkan para penggemar riadah berbasikal menjalankan aktiviti di bandaraya George Town

  • Pengekalan bas yang boleh diakses kemudahan kerusi roda sebanyak 200 buah

(sumber: Rapid Penang)

  • Penang Smart Parking (PSP) Dalam usaha ke arah Bandar Pintar, sistem tempat letak kereta Pintar Pulau Pinang yang mesra pengguna bagi setiap lapisan masyarakat telah dihasilkan yang dilengkapi ciri-ciri Cari Parking, Bayar Parking, Bayar Kompaun, Beli Pas Bulanan.

 

  • Pelan Induk Laluan Berbasikal Pulau Pinang dengan matlamat untuk mewujudkan laluan berbasikal sepanjang 200km di sekitar Pulau Pinang yang akan menyusuri bandar, melalui pantai untuk penunggang basikal mengembara ke seluruh pulau tanpa menghasilkan karbon bagi terus menggalakkan lebih ramai orang berbasikal yang diperkenalkan pada 2017serta menyasarkan penunggang basikal sebanyak 45,000 setiap tahun menjelang 2025.

 

 


 3: Sistem Perumahan

  • Menambah baik pilihan dari segi kemampuan, kualiti dan pemantapan perumahan kepada warga emas.

  

 

  • Penyediaan Skim perumahan awam dalam usaha untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat di Pulau Pinang khususnya penyewa­ penyewa perumahan awam Majlis yang terdiri dari pelbagai kaum serta gender.

 

  • Kontrak keselamatan di PPR Jalan Sungai telah ditubuhkan pada Tahun 2016.

Majlis telah melantik Syarikat Matrix Megatech Sdn. Bhd. untuk memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan di Skim Perumahan PPR Jalan Sungai bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, menjaga kawasan gunasama, harta benda awam dan harta milik pemilik adalah terjaga di kawasan skim perumahan tersebut.

 

  • Pemasangan Pagar di Skim Perumahan Awam MBPP, Jalan Jelutong.

Kajian Soal Selidik bersama penduduk telah dijalankan di Skim Perumahan Awam MBPP, Jalan Jelutong menerusi projek Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB)

Pemasangan Pagar merupakan salah satu keperluan/kemudahan yang dipilih oleh penduduk skim tersebut.

Projek ini telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan

  1. penyewa dan penghuni
  2. bangunan/premis Majlis

 

  • Pemasangan CCTV

Pemasangan CCTV telah dipasang di beberapa Skim Perumahan Awam Majlis, antaranya:-

  1. Skim Perumahan PPR Jalan Sungai
  2. Skim Perumahan Awam Taman Free School
  3. Skim Perumahan Awam Lebuh Cintra (People’s Court)

Tujuan pemasangan CCTV adalah penting bagi memastikan keselamatan penyewa dan penghuni serta membendung masalah vandalisme dan pembuangan sampah yang tidak teratur.

 

  • Projek Penambahbaikan:
  1. Menubuhkan Kontrak Pembersihan di PPR Jalan Sungai
  2. Mengecat Semula Bahagian Luar Bangunan Blok C & D di Skim Perumahan Awam MBPP, Taman Free School
  3. Mengecat Semula Bahagian Luar Bangunan Blok A, B, E-K di Skim Perumahan Awam MBPP, Taman Free School
  4. Mengecat Semula Bahagian Luar Bangunan Blok A, C & D di Skim Perumahan Awam MBPP Lebuh Cintra

Tujuan projek ini adalah untuk memastikan persekitaran yang bersih, kondusif dan selesa di Skim Perumahan Awam MBPP.

 

  • Projek Penambahbaikan:
  1. Menyediakan ‘railing’ dan ‘ramp’ tingkat bawah di Skim Perumahan Awam MBPP, Jalan Jelutong
  2. Menggantikan ‘railing’ di bahagian tangga Skim Perumahan PPR Jalan Sungai
  3. Pembaikan lima (5) unit lif di PPR Jalan Sungai

Majlis telah melaksanakan beberapa projek bagi memastikan kemudahsampaian (accessibility) kepada penyewa dan penghuni di skim-skim perumahan awam Majlis.

 

  • Projek dan Program:
  1. Mewujudkan ruang dan penyediaaan peralatan senaman di Skim Perumahan Awam, Jalan Jelutong
  2. Sesi dialog penduduk bersama Adun Batu Uban YB A. Kumaresan, Ahli Majlis dan MBPP di Skim Sungai Nibong
  3. Program gotong-royong "Green Penang" di Skim Sungai Nibong

Projek dan program sebegini diadakan bagi mewujudkan ruang riadah dan aktiviti sosial dikalangan penyewa dan penghuni premis Majlis.


4: Penglibatan Sosial/Masyarakat

 

  • Bina rangkaian sokongan sosial dalam komuniti

Anugerah Sekolah Hijau ini adalah sebahagian daripada usaha MBPP untuk memupuk cinta terhadap alam sekitar di kalangan golongan muda dengan bekerjasama dengan sekolah-sekolah.

Penyampaian Hadiah Anugerah Sekolah Hijau Tahun 2022

 

 Pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender memastikan akses secara inklusif kepada perancangan program, pelaksanaan dan penyediaan kemudahan-kemudahan untuk mencapai keterangkuman gender.

Menggunapakai Gender Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) dalam semua aspek tadbir urus, termasuk perancangan program, rekabentuk, pelaksanaan, pemantauan dan proses penilaian bagi memenuhi Kelompok Berlainan, Keperluan Berbeza

 

  • Digital Library@makerspace, Balik Pulau - Kemudahan dan ruang Digital Library@Makerspace, Balik Pulau akan beroperasi setiap hari Isnin sehingga hari Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tempat adalah terhad kepada 30 orang pada setiap hari.

  


 5: Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial

'Bike Box' yang merupakan zon khas untuk berhenti bagi motosikal dan basikal apabila di persimpangan lampu isyarat.

Taman permainan khas OKU untuk semua golongan OKU di Taman Bandaraya.

 

  • Mewujudkan kebolehcapaian yang mesra untuk semua peringkat umur dari segi ketersediaan mengikut MS1184 Universal design and accessibility in the built environment - Code of practice melalui penyediaan laluan pejalan kaki

 

  • “Pedestrian Is King” - Program Pejalan Kaki adalah Raja telah diperkenalkan pada tahun 2015 di George Town untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pemandu untuk memperlahankan kenderaan di lintasan zebra bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pejalan kaki.

 

 

  • Program Zero Burden Bazaar diwujudkan bagi memupuk semangat kemasyarakatan dan penglibatan dalam pelbagai jenis aktiviti dari semua peringkat umur supaya komuniti tidak merasai disisihkan. Program ini baru bermula pada tahun 2023 dan akan dijalankan pada setiap tahun bagi memupuk rasa saling menghormati di kalangan semua peringkat umur.

    Zero Burden Bazaar (Facebook)

    Zero Burden Bazaar video

  • Tabung ‘Age Friendly City’ ditubuhkan sebagai usaha Majlis dalam mengumpul dana melalui aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan supaya dana tersebut dapat digunakan semula oleh masyarakat terutamanya dalam aktiviti melibatkan bandar mesra usia. Sebagai contoh, hasil kutipan dari jualan amal yang diadakan semasa program Zero Burden Bazaar dikumpulkan di dalam tabung ini bagi kegunaan pada masa akan datang. Menerusi Program Art For Charity pula, separuh dari hasil jualan menerusi system bidaan akan disalurkan kepada Tabung ‘Age Friendly City’ manakala separuh lagi hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada para pelukis sebagai pengiktirafan karya seni mereka.

    Art For Charity Program

 

 

  • Sesi Libat Urus Pusat Jagaan Warga Emas diadakan bagi menambah baik garispanduan pusat jagaan warga emas serta mendapatkan pandangan dan idea dari komuniti tentang apa yang diperlukan dalam menjadikan pusat jagaan warga emas ini lebih mampan pada masa akan datang dengan melibatkan komuniti, agensi teknikal, pertubuhan-pertubuhan dan pengusaha pusat jagaan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur termasuk belia dan warga emas supaya mereka dapat memberikan pandangan dan nasihat mereka dalam sama-sama menambah baik garispanduan serta aktiviti yang disediakan oleh MBPP.

    Focus Group Discussion Pusat Jagaan Warga Emas

 

 

  • Garispanduan disediakan bagi membantu semua pihak dalam menyediakan kemudahan masyarakat yang mencukupi bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Selain itu, ianya juga digunakan sebagai panduan dalam merancang, mengawal, membangun dan mereka bentuk penempatan dan pusat kesihatan bagi kegunaan warga emas dan golongan yang memerlukan di Pulau Pinang.

    Panduan pelaksanaan ini disediakan bagi mewujudkan persekitaran inklusif yang mengambil kira keperluan asas dan mampu menyokong keperluan fizikal golongan yang memerlukan di sesebuah bandar. Penyediaan panduan pelaksanaan ini juga selaras dengan Agenda Bandar Baru dengan prinsip 'tiada siapa yang tertinggal' yang bermaksud semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan atau ketidaksempurnaan fizikal diberi hak yang sama untuk hidup dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di sesebuah kawasan.

    Dasar & Garis Panduan Jabatan Perancangan Pembangunan

    Panduan Inisiatif Persekitaran Mesra Autism

 



6: Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan

  • Menyediakan Peluang Pekerjaan kepada Pesara kakitangan Majlis dan Kawasan penduduk perumahan rakyat

Program Pembersihan Tandas ini dapat menghubungkan warga emas dengan peluang sumber pendapatan tambahan dan juga kemahiran dan pengalaman sedia ada melalui perkhidmatan pembersihan. Seramai 7 orang pesara berminat dan diberi peluang dalam mengendalikan pembersihan tandas yang ditempatkan oleh MBPP. Pada masa kini, peluang pembersihan tandas ini juga telah dibuka kepada golongan gelandangan dalam usaha untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

 

Kontrak komuniti adalah satu proses penyertaan komuniti dalam pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur setempat yang merupakan usahasama pintar antara kerajaan dan komuniti sebagai rakan kongsi serta berperanan sebagai pengguna aktif di samping menggalakkan tadbir urus yang baik oleh kerajaan dan rasa milik-punya (ownership) kepada komuniti yang boleh terlibat secara langsung dalam menguruskan kawasan setempat

Kontrak Komuniti Pembersihan & Keselamatan di PPR Jalan Sungai melalui lantikan kepada Persatuan Komuniti PPR Jln. Sungai (PKPJS) yang merupakan penduduk di kawasan tersebut telah menambaik pembersihan kawasan tersebut yang pada satu ketika dalam keadaan kotor, tidak teratur, gelap dan kurang selamat bertukar menjadi sebuah tempat tinggal yang bersih, teratur, terang, selamat dan selesa untuk didiami. Seramai 12 orang penduduk dikawasan tersebut telah dipilih dalam mengendalikan pembersihan & keselamatan di kawasan tersebut.


7: Berkomunikasi dan Informasi

PEARL - One Touch Penang adalah platform sehenti maya seluruh bandar Pulau Pinang bagi tujuan memudahkan interaksi dan akses kepada perkhidmatan MBPP dan pengguna di Pulau Pinang selain daripada Portal  Rasmi MBPP

Antara informasi yang telah & sedang dibangunkan berkaitan:

  • Shopping di atas talian
  • Bayar Bil Dalam Talian, 
  • Tempat Tarikan Pulau Pinang,
  • Acara MBPP 
  • Penyenaraian Dan Lokasi Balai Polis, Balai Bomba, Pejabat MBPP, Veterinar, Paras Air, Taman dan Pusat Jagaan Serta Rumah Jagaan, Klinik, Hospital, Perkhidmatan Ambulans, Automated External defibrillator (AED)

 

  • Pemantauan Keadaan Dan Situasi Semasa ! "Eyes In The Sky” dan juga memberikan informasi kepada orang ramai seperti keadaan bencana alam, keadaan trafik dan lain-lain.


8: Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

  • Pusat Transit Gelandangan “Night Shelter” -

 

Penyediaan secara berperingkat Defibrilator Luaran Automatik (AED) ke semua tempat “hotspot”.

Garis Panduan Penyediaan Alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) Di Bawah Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang

LOKASI AED DIINTEGRASI DI DALAM APLIKASI PEARL ONE TOUCH PENANG

Lokasi AED mudah diakses oleh orang awam apabila diperlukan dalam situasi kecemasan (sudden cardiac arrest) melalui aplikasi Pearl One Touch Penang.

 

 

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN DI TEMPAT AWAM

Aktiviti promosi kesihatan giat dijalankan setiap hari di tempat awam bagi mendidik orang awam berkaitan penyakit demam denggi, leptospirosis serta kebersihan makanan. Tambahan juga, kempen berkaitan pencegahan penyakit demam denggi serta makhluk perosak juga diadakan setiap tahun.

 

 PROMOSI KESEDARAN KESIHATAN KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN

Majlis sentiasa menjalankan aktiviti serta promosi kesedaran kesihatan di institusi pendidikan. Jururawat serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) melawat taska, tadika serta sekolah untuk menjalankan sesi pengajaran berkaitan demam denggi, kebersihan makanan serta teknik mencuci tangan dengan betul.

 

KESEDARAN KEBERSIHAN MAKANAN  DAN VAKSINASI ANTI TIFOID KEPADA PENGENDALI MAKANAN

Majlis berusaha memastikan pengendali makanan mempunyai kesedaran berkaitan kebersihan makanan serta menyediakan perkhidmatan vaksinasi anti tifoid kepada pengendali makanan di Klinik Anti Tifoid MBPP. Vaksinasi Anti Tifoid adalah efektif dari segi pencegahan infeksi yang berbahaya berpunca daripada bakteri Salmonella Typhi.