Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Pulau Pinang untuk menyertai Program Publisiti & Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Penang Silicon Island (RTPSI) 2050. Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk:
✅ Membuat semakan terhadap draf RTPSI 2050
✅ Memberi pandangan dan cadangan
✅ Mengemukakan maklum balas melalui borang bantahan/ borang bantahan atas talian
TEMPOH PUBLISTI
- Tarikh : 30 Mac 2026 – 8 Mei 2026
- Masa : 9:00 pagi – 4:00 petang (Ditutup pada Sabtu, Ahad & cuti umum)
LOKASI TETAP SEMAKAN:
- Ruang Legar, Aras 3, KOMTAR
- Ruang Legar Aras 57, PLANMalaysia Pulau Pinang, KOMTAR
Orang ramai dijemput hadir!
Ambil peluang ini untuk bersama-sama menyumbang idea dan pandangan demi pembangunan masa depan Penang Silicon Island 2050 yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.
Tarikh akhir penghantaran maklum balas: 8 Mei 2026 (5:30 petang)
📲 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan bahan publisiti.
📲 Imbas kod QR untuk dapatkan borang bantahan secara atas talian
Suara anda, masa depan kita bersama. Jom sama-sama kita bentuk perancangan negeri yang lebih baik!
#RTPSI2050 #PenangSiliconIsland #Penang2030 #PublisitiAwam #PerancanganBandar #PLANMalaysia #PulauPinang #MalaysiaMadani #MBPP