Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, JALAN BURMA, PULAU PINANG

08 Julai, 2025

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di sebahagian jalan khidmat Jalan Burma (di antara lorong sisi Burma House hingga ke Lot No. 1745), Pulau Pinang iaitu dari bangunan 393, Jalan Burmah hingga (Lot 1745) menuju ke lorong sisi, Burma House pada 8 Julai 2025 (Hari Selasa) bermula jam 8.30 pagi.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

            BIL

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

CATITAN

 

1.

Jalan khidmat Jalan Burma

Sehala dari bangunan 393, Jalan Burmah (Lot 1745) menuju ke lorong sisi, Burma House

Penukaran arah aliran lalulintas sehala

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian:

Tel: 04-2592202 (Puan Noorhasimah bt Ahmad Nordin)
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel: 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad)

Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Bertarikh : 04.07.2025

Sekian, terima kasih.

1WAY JLN BURMA 04072025165301 page 0003