Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat Gat Lebuh Macallum, Pulau Pinang mulai jam 9.00 pagi pada 20 Februari 2025 (Hari Khamis) seperti pelan yang disertakan.
Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:
BIL |
NAMA JALAN |
SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN |
CATITAN |
1 |
Jalan Khidmat Gat Lebuh Macallum |
Sehala
Antara Gat Lebuh Macallum (dari Persatuan Ping-Pong Pulau Pinang)
|
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala.
Seperti di Lampiran A
|
Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas sertamengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidakkurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlahmenghubungi MBPP di talian :
04-2592071(Pn. Haslina Adni)
04-2592197 (Pn. Nurhakimah Hani)
Sekian, terima kasih.
