Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Galeri 2018

KUNJUNGAN HORMAT TNB KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Satu kunjungan hormat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke Pejabat Datuk Bandar telah diadakan pada 30 Mei 2018 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat A, Tingkat 17, KOMTAR. Kunjungan hormat ini banyak membincangkan mengenai inisiatif pencahayaan laluan basikal di sekitar kawasan persisiran pantai dari Queensbay hingga ke Pusat Pelupusan Sampah Jelutong, menaiktaraf pencahayaan lampu jalan di sekitar Pulau Pinang dan lain-lain hal dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandaraya...
  • Hits: 551

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR APMG.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI MAJLIS DAERAH MIRI Mesyuarat jawatankuasa induk Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) peringkat Negeri Sarawak seterusnya telah diadakan di Miri pada hari ini 25hb Mei 2018 (Jumaat) bertempat di Pejabat Residen Miri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Daerah Miri Majlis Daerah Limbang iaitu Yang Berbahagia Kr. Sufian Bin Mohat. Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Residen Miri, PDRM Daerah Miri, Sarawak Forestry...
  • Hits: 420

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI MAJLIS DAERAH LIMBANG

Satu mesyuarat jawatankuasa induk Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) peringkat Negeri Sarawak di bahagian Limbang telah diadakan pada hari ini 24hb Mei 2018 (Khamis) bertempat di Majlis Daerah Limbang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Walikota Majlis Daerah Limbang iaitu Yang Berbahagia Kr. Sufian Bin Mohat. Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Residen Limbang, Majlis Perbadanan Labuan, Polis Di Raja Limbang dan Ahli Majlis Daerah Limbang (Bahagian Pelancongan) yang akan bersama-sama menganjurkan larian obor ini. Pengarah Jabatan Khidmat...
  • Hits: 511

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG, CHOW KON YEOW KE MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Satu Lawatan Kerja oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah diadakan pada 21 Mei 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk memahami peranan dan fungsi. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP. Turut hadir bersama lawatan kerja ini adalah ahli-ahli EXCO, ahli-ahli ADUN, Ahli Majlis, MBPP dan ketua-ketua jabatan...
  • Hits: 570

MAJLIS PELANCARAN "SPIRAL BICYCLE AND PEDESTRIAN BRIDGE".

Pada 20 Mei 2018 (Ahad) telah diadakan Majlis Pelancaran "Spiral Bicycle And Pedestrian Bridge" yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Untuk makluman, jambatan yang dibina mengikut ukuran piawaian antarabangsa ini secara keseluruhannya berukuran lebih kurang 600 meter ( from ramp up to ramp down ) dan mempunyai kelebaran sebesar 3 meter bagi laluan dua hala penunggang basikal dan 1.5 meter lebar bagi laluan pejalan kaki. Projek ini telah bermula pada 18 Julai 2016 dan...
  • Hits: 406

SIDANG MEDIA PROGRAM BERBASIKAL 'CAMPAIGN FOR A LANE 10TH EDITION 2018'

Satu sidang media bagi program berbasikal 'Campaign For A Lane' (CFAL) anjuran G Club Penang Cyclist dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan di G Hotel Persiaran Gurney, Pulau Pinang pada 18 Mei 2018 (Jumaat). Program yang telah memasuki edisi ke-10 pada tahun ini akan diadakan pada 12 Ogos 2018 (Ahad) bermula jam 7.00 pagi bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Para peserta akan mengelilingi kawasan Pulau sejauh 82KM yang akan melalui kawasan Weld Quay, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Balik Pulau, Teluk Bahang, Tanjung Bungah dan berakhir semula di Jalan...
  • Hits: 421

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 3 Mei 2018 (Khamis) Satu mesyuarat penyelarasan jawatankuasa induk Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) peringkat Negeri Johor telah diadakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Yang Berusaha Dr. Haji Badrul Hisham bin Kassim. Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini adalah wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor yang akan bersama-sama menganjurkan larian obor ini. Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Ir. Addnan Mohd Razali telah memberikan taklimat dan penjelasan mengenai program larian ini. ...
  • Hits: 386