Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR APMG.

28 Mei, 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI MAJLIS DAERAH MIRI

Mesyuarat jawatankuasa induk Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) peringkat Negeri Sarawak seterusnya telah diadakan di Miri pada hari ini 25hb Mei 2018 (Jumaat) bertempat di Pejabat Residen Miri.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Daerah Miri Majlis Daerah Limbang iaitu Yang Berbahagia Kr. Sufian Bin Mohat. Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Residen Miri, PDRM Daerah Miri, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Pejabat Daerah Kecil Mulu, Pejabat Daerah Miri, Majlis Daerah Subis, Jabatan Kesihatan Miri dan lain-lain agensi yang terlibat menganjurkan larian obor ini.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan iaitu Haji Mohamed Akbar Bin Mustapha telah memberikan taklimat dan penjelasan mengenai program larian ini. Selepas Miri daerah yang seterusnya adalah daerah Kuching. Larian obor di seluruh Negeri Sarawak yang akan bermula pada 18hb Jun 2018 sehingga 28 Jun 2018.

Miri akan memperkenalkan kawasan seperti di Grand Old Lady, Gua Niah, Taman Negara Mulu, Pantai Tusan Subis dan lain-lain kawasan yang menarik di Miri.

  • pic 1 32
  • pic 2 35
  • pic 3 36
  • pic 4 30
  • pic 1 32
  • pic 2 35
  • pic 3 36
  • pic 4 30