Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Galeri 2018

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN “HUBUNGAN KERJASAMA PERSAHABATAN”

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN “HUBUNGAN KERJASAMA PERSAHABATAN” DI ANTARA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG, MALAYSIA DAN CHENGDU MUNICIPAL PEOPLE’S GOVERNMENT, REPUBLIK RAKYAT CHINA Memorandum Persefahaman Hubungan Kerjasama Di Antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Malaysia Dan Chengdu Municipal People's Government, Republik Rakyat China telah diadakan hari ini (15hb Disember 2018) bertempat di Tingkat 28, KOMTAR, Pulau Pinang. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd Razali dan Encik Zhou Xianyi, Setiausaha Agung Chengdu Municipal People's Government. Turut...
  • Hits: 554

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA

Majlis Anugerah Sijil Pematuhan Saga telah diadakan hari ini (29hb November 2018) bertempat dia Hotel Mercure, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang diwakili oleh Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang dan Pengarah Perbendaharaan MBPP, Puan Suhaida Kamalul Ariffin telah menerima sijil pematuhan ini yang telah disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia iaitu Ybhg. Datuk Saat Esa. Dalam pada itu, sebanyak 13 agensi lain termasuk MBPP turut menerima anugerah...
  • Hits: 647

KEMPEN KESEDARAN "SAY NO TO PLASTIC STRAWS AND SINGLE-USE PLASTICS"

Satu kempen kesedaran "Say No to Plastic Straws and Single-Use Plastics" telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menggalakkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik dan barangan plastik guna sekali pada hari ini (5hb November 2018). Yang Berbahagia Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melancarkan kempen tersebut dan disaksikan oleh En. Mohd Nadzim Hashim, Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Initiatif "Say No to Plastic...
  • Hits: 1094

PROGRAM LARIAN TANJUNG RUN 2018

Program Tanjung Run 2018 yang diadakan sempena Ulang Tahun TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah dilangsungkan hari ini (6 Oktober 2018) bertempat di Jalan Sepoy Lines (di hadapan Padang Polo). Para peserta telah dilepaskan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang. Program anjuran Penang Amateur Athletic Association dan Lions Club of Tanjung Star Penang ini memerlukan para peserta berlari sejauh 10KM bermula dari Jalan Sepoy Lines dan melalui beberapa jalan sekitar Pulau Pinang kemudiannya berakhir semula di Jalan Sepoy Lines. Di samping...
  • Hits: 571

PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI JALAN PENANG PADA 6 OKTOBER 2018

Bersempena matlamat menjadi Negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang Bersih, Hijau Selamat dan Sihat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dtelah mengadakan program Penanaman Pokok Teduhan Di Jalan Penang pada 6.10.2018 (Ahad) Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang bersama-sama Ahli-ahli Majlis dan Ketua Jabatan telah bersama-sama menanam pokok pada program ini sebagai usaha untuk menceriakan lagi kawasan tersebut. Sehingga kini sebanyak 11 batang pokok teduhan jenis Bucida Molinetii telah ditanam oleh pihak Majlis di dalam kawasan Jalan Penang dan jumlah keseluruhan pokok yang ditanam...
  • Hits: 661

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2018 PERINGKAT PULAU, PULAU PINANG BERTEMPAT DI AUDITORIUM A, TINGKAT 5, KOMTAR PADA 1HB OKTOBER 2018 (ISNIN)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terus komited dalam memperkasakan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar sekolah. Penganjuran Anugerah Sekolah Hijau 2018 Peringkat Pulau, Pulau Pinang oleh MBPP pada kali ini telah berjaya menampilkan penyertaan sebanyak 36 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah. Majlis penyampaian hadiah yang dilangsungkan di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang dan disaksikan oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd...
  • Hits: 613

UPACARA PENUTUPAN ASIA PACIFIC MASTERS GAMES PENANG 2018

Asia Pacific Masters Games Penang 2018 (APMG 2018) melabuhkan tirai dengan rasminya hari ini (15 September 2018) dengan penuh meriahnya di Setia SPICE, Bayan Baru, Pulau Pinang. Acara penutupan telah diserikan dengan persembahan pembukaan Boria APMG dan beberapa persembahan video khas sempena penganjuran APMG 2018 di Pulau Mutiara serta persembahan kebudayaan seperti joget lambak. Turut hadir semasa upacara penutupan ialah YB. Chong Eng selaku Presiden APMG Penang 2018, Mr. Kai Holm iaitu Presiden International Masters Games Association (IMGA), Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau...
  • Hits: 543