SIDANG MEDIA MENGENAI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR DAN STATISTIK OPERASI TINDAKAN PENGUATKUASAAN OPERASI KEBERSIHAN OLEH MBPP
Satu sidang media oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa iaitu YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh telah diadakan pada hari ini (31 Julai 2018) bertempat di Bilik Zamrud, Tingkat 53, KOMTAR.
Pada sidang media ini, Yang Berhormat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana bertungkus lumus membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir pada 30 Julai 2018 (Isnin) dengan cepat serta efisien.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mengenai statistik tindakan Penguatkuasaan Operasi Kebersihan yang dijalankan oleh MBPP bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
Pada tahun ini, pihak JKN telah menutup sebanyak 22 buah premis yang tidak mematuhi piawaian kebersihan mengikut Akta Makanan 1983.
Selain itu, pada tahun 2018 sebanyak 991 Kompaun Establysmen Makanan dan 266 Kompaun Grease Trap telah dikeluarkan oleh pihak MBPP.
Operasi Bersepadu MBPP Bersama JKN akan terus dipergiat bagi memastikan Pulau Pinang sentiasa Bersih, Hijau dan Selamat.