MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN IDEA REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA JALAN PERAK, BANDAR JELUTONG, DTL GEORGE TOWN PULAU PINANG
Satu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Peringkat Kebangsaam Idea Rekabentuk Pembangunan Semula Jalan Perak, Bandar Jelutong, DTL George Town Pulau Pinang pada 25 April 2018 bertempat di Auditorium A, Paras 5, KOMTAR.
Pertandingan Peringkat Kebangsaan ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Arkitek Malaysia, Cawangan Utara (PAM NC) sebagai urusetia dan disokong oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) & Lembaga Jurutera Malaysia (IEM).
Untuk makluman, pertandingan ini dianjurkan dengan tujuan untuk mencari idea yang kreatif dan inovatif untuk mendapatkan satu cadangan pembangunan semula bagi lot-lot berkaitan dalam Plot A dan Plot B.
Cadangan pembangunan adalah mengikut kreativiti para peserta dengan mengambil kira keadaan sosio-ekonomi setempat khususnya pasar awam / penjaja yang beroperasi di tapak, rumah-rumah setinggan dan persekitaran.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan ini:-
1) Qhawarizmi Architect
2) ALM Architects
3) Veritas Architects
4) Arkitek Urbanisma Sdn Bhd
5) Jocelyn Lau Architect
Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Ar. Yew Tung Seang iaitu Datuk Bandar MBPP.