Dalam menggalakkan kakitangan MBPP mengamalkan cara hidup sihat, Kelab Sukan MBPP telah menganjurkan aktiviti mendaki bukit di Taman Negara Pulau Pinang.
Seramai lebih daripada 80 orang kakitangan MBPP daripada pelbagai jabatan telah menyertai aktiviti ini. Diharapkan aktiviti seperti ini akan terus diadakan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan di samping turut menyihatkan tubuh badan.