Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG

05 Jun, 2018

Hari ini (5 Jun 2018) telah diadakan satu Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama YAB. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bertempat di Grand Ballroom, Paras 5, The Top KOMTAR.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Seri Farizan Darus serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada perhimpunan ini YAB. Chow Kon Yeow juga mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak RM 1000.

  • gambar 1 15
  • gambar 2 16
  • gambar 3 17
  • gambar 4 14
  • gambar 5 10
  • gambar 1 15
  • gambar 2 16
  • gambar 3 17
  • gambar 4 14
  • gambar 5 10