Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Kunjungan hormat kepada Datuk Bandar MBPP dari Robotic Team wakil Malaysia pada 18 Jun 2018

19 Jun, 2018

10 orang pelajar Pulau Pinang yang berumur antara 11 tahun hingga 17 tahun dari 7 sekolah yang berlainan telah menyertai satu pertandingan First Lego League (FLL) antarabangsa pada April yang lalu.

Mereka ialah Tam Li Yen, Chan Yi En, Fong Mun Cheok, Leong Kai Zhe, Zechariah Boey Sheng Ming, Liew Rowan, Chew Shean Xu, Ong Chi Xin, Fong Xuan dan Chung Jing Jia.

Dalam pertandingan ini, mereka perlu memastikan robot yang mereka cipta boleh membuat 3 pusingan dalam masa 2.30 minit untuk menyelesaikan 18 misi pada peta, Pembentangan Rekabentuk Reka Bentuk Robot, Penyajian Penyampaian Projek dan Pembentangan Penilaian Teras.

Terdapat 56 buah negara dan 30,000 orang peserta menyertai pertandingan ini. Wakil Malaysia mendapat tempat ketiga, manakala wakil daripada Amerika Syarikat dan China berjaya mendapat tempat pertama dan naib johan.

Guru Penasihat, Pn Ng Lee Chuang berkata, mereka pernah hilang 20 markah apabila menghadapi masalah teknikal di tapak pertandingan dan mendapat tempat keempat, namun mereka berjaya mendapat peluang kedua untuk menyempurnakan pertandingan tersebut.

Walaupun hanya mempunyai masa 2 jam sahaja untuk membuat proses inovasi ke atas rangka yang mereka berjaya siapkan dalam tempoh 9 bulan, namun mereka mereka akhirnya berjaya tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Beliau sangat berbangga dengan kejayaan mereka yang berani menghadapi cabaran dan membuat keputusan bersama pasukan sehingga mendapat tempat ketiga.

Ketua pasukan, Tam Li Yan berkata, mereka tidak yakin selepas inovasi yang dibuat, tetapi robot mereka masih boleh berjaya menghabiskan pertandingan itu.

Datuk Bandar MBPP Ar. Yew Tung Seang menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka sebagai tanda galakkan supaya lebih maju pada masa hadapan.

Beliau sangat bangga akan pencapaian mereka dan berharap mereka boleh membawa negara kita ke satu generasi yang lebih maju dengan era Industri 4.0.

  • robotic1
  • robotic2
  • robotic3
  • robotic1
  • robotic2
  • robotic3