ACARA SUKAN ANTARABANGSA ASIA PACIFIC MASTER GAMES 2018
Sempena acara Sukan Antarabangsa yang dikenali sebagai ASIA PACIFIC MASTER GAMES 2018, Yang Berbahagia Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang bersama Pihak penganjur APMG 2018 telah mengumumkan Pelancaran 2 Acara ‘Road Race’ (pertandingan diadakan pada 9 hb. Sept 2018) dan Acara Berbasikal.
Datuk Bandar MBPP turut memaklumkan kepada pihak media akan perkembangan tambah baik peralatan dan kemudahan di lokasi utama acara APMG 2018, iaitu Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Warga yang berumur 35 tahun dan ke atas dijemput menyertai Sukan APMG 2018 bertaraf Olimpik dan antarabangsa untuk warga yang berumur 30 tahun dan ke atas.
A. ‘Road Race’ adalah acara Marathon dalam 2 kategori:
‘Half Marathon’ (Separuh Marathon dalam masa 3.5 jam), larian Marathon sejauh 21km.
‘Quarter Marathon’, larian Marathon sejauh 10km dalam masa 1.5 jam.
B. Kayuhan Basikal (APMG 2018 bermula dari 8-10 Sept 2018). Melibatkan acara pengayuhan basikal di atas jalan / bukit / mengelilingi Pulau Pinang, berikut acara yang disenaraikan:
‘CRITERIUM’
‘Criterium’ 1
Jarak: 36km
‘Criterium’ 2
Jarak: 31.5km
‘Criterium’ 3
Jarak: 27km
Tempat permulaan: Padang Kota Lama, Lebuh Light, Penang.
(Start & Finish line Mariners Club, Light Street, Penang)
‘MOUNTAIN BIKE ‘
Bagi mereka yang berminat dalam penerokaan alam semula jadi (kawasan Bukit), kayuhan ‘Mountain Bike’ turut diadakan, warga boleh menyertai jarak seperti 20 / 25 / 30 / 40km.
‘MASS START’
Dalam pada itu, peminat berbasikal dijemput untuk menyertai ‘Cycling Mass Start’ pada 10 hb. Sept 2018 (9am - 1pm):
‘Mass Start’ 1
Jarak: 120km (5 jam)
Permulaan: Gurney Plaza, Penang
‘Mass Start’ 2
Jarak: 80km (4.5 jam)
Permulaan: Gurney Plaza, Penang
‘Mass Start’ 3
Jarak: 40km(4 jam)
Permulaan: 202A, Jln Tanjung Bungah, Penang
Warga dijemput untuk menyertai Acara APMG di atas dengan nilai hanya RM190 setiap acara. Peserta akan mendapat Edisi Khas Jersi (khas untuk Kayuhan Basikal), T-shirt, Pingat Kelayakan dan penyertaan, sebuah beg bersama sijil.
Maklumat dan permohonan penyertaan boleh di layari di laman web: www.apmg2018.com
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi pihak penganjur:
ASIA PACIFIC MASTER GAMES 2018
Penang City Stadium
Lorong Kulit, Jalan Perak, Penang
Tel: +604-227 2458
Emel: