LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG TORCH RUN 2018) DI KUCHING, SARAWAK
Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sarawak telah menjadi lokasi seterusnya untuk larian kali ini.
Larian Obor APMG di Sarawak telah tiba di persinggahan terakhir iaitu di Kuching, Sarawak pada 26 Jun 2018 dan diarak oleh para pelari yang sebahagian besarnya merupakan penduduk kawasan tersebut.
Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.
Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.