Actife Style dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan program ’Penang Run 2018’ di Padang Kota Lama pada hari ini, 1 Julai 2018.
Seramai 5,000 orang peserta dari 28 negera telah mengambil bahagian dalam acara tersebut yang terdiri daripada 4 kategori iaitu :
1. 32km Challenge - Flag off 4:30am
2. 21km Half Marathon - Flag off 5:30am
3. 10km Competitive Race - 6:00am
4. 4km Family Fun Run - 6:30am
Manakala pada hari ini juga di Lebuh Pantai, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah mengajurkan acara berjalan kaki ‘Heritage Walk’ sejauh 5KM dan mempunyai seramai 3,500 peserta.