Seramai 10 orang warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang menjalankan tugas 3D ('DIRTY, DANGEROUS AND DIFFICULT' ) telah menerima pingat daripada T.Y.T Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2018 (Selasa) di Dewan Sri Pinang.
Kejayaan mereka turut mendapat penghargaan oleh Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang yang amat berbangga dengan usaha kakitangan yang bertugas demi menjaga keharmonian negeri Pulau Pinang.
Pihak MBPP mengucapkan tahniah kepada 8 orang warga MBPP yang menerima ANUGERAH PINGAT JASA MASYARAKAT (P.J.M.) dan 2 orang penerima PINGAT BAKTI SETIA (P.B.S) iaitu :-
Mohamed Hanafiah Bin Mohd Yusof
Osman Bin Md Yusoff
Zulkfili Bin Che Omar
Basri Bin Othman
Anisham Bin Ibrahim
Mohd Barak Bin Abdul Latiff
Mydin Ghani Bin Abdul Muthaliff
Mohd Salibu Bin Haji Aludin
Ahmad Bin Ibrahim (P.B.S)
S.Vadilveloo A/L Suppiah (P.B.S)