SIDANG MEDIA APMG - CROSS CHANNEL TORCH SWIM 2018.
Satu sidang media mengenai APMG - Cross Channel Torch Swim 2018 telah diadakan hari ini (26 Julai 2018) bertempat di ruang legar Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Acara ini akan diadakan pada 2 September 2018 bermula di RNR Bagan Ajam, Butterworth dan dijangka tamat di Pantai Ocean Green, George Town.
Renangan sejauh 6KM ini mensasarkan penyertaan seramai 200-400 orang peserta dan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 'Torch Swim' , 'Competitive Swim' dan ' Non-competitive Swim'.
Pendaftaran untuk acara ini telah dibuka sejak 1 Jun 2018 dan akan ditutup pada 31 Julai 2018. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 190 kepada peserta tempatan manakala USD 90 kepada peserta luar negara.
Renangan ini turut akan disertai oleh Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2018 bagi acara 'Open Water Swim' iaitu Saudara Kevin Yeap serta bekas perenang negara yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Saudari Angelia Ong.