Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

SIDANG MEDIA ’PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN &KIBAR JALUR GEMILANG

02 Ogos, 2018

Program ’Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2018’ akan diadakan pada 3hb, 4hb & 5hb Ogos 2018 [Jumaat, Sabtu & Ahad] jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Perdana Menteri iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4hb Ogos 2018 (Sabtu) jam 8.00 malam.

‘Sayangi Malaysiaku’ merupakan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2018. Tema ini dipilih bagi mempertingkatkan semangat cintakan Negara di kalangkan rakyat Malaysia. Tema ini juga membawa maksud yang menekankan kepentingan perpaduan dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.

Urusetia program ini adalah Jabatan Penerangan Malaysia [JAPEM] & Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang & Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Program ini yang dijangka akan menarik kira-kira 30,000 hingga 50,000 pengunjung dari dalam dan luar Pulau Pinang. Beberapa program sampingan seperti jualan trak makanan [food truck], Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Bintang Patriotik, Pameran ‘Caring Bridge’, Pertunjukan Bunga Api, Larian Merdeka, Flash Mob, Senamrobik, Kembara Jalinan Kasih, Sukan Riadah Rakyat serta Konsert ‘Sayangi Malaysiaku’.

Datuk Bandar MBPP iaitu Dato’ Ar. Yew Tung Seang menyeru dan menggalakkan semua penduduk dan pemilik premis-premis di Pulau Pinang agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan program ini.

Datuk Bandar MBPP Dato’ Ar. Yew Tung Seang dan Setiausaha Bandaraya Ir. Addnan Bin Mohd Razali mengibarkan Jalur Gemilang di atas bangunan Dewan Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai tanda simbolik sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2018 dan disaksikan oleh Puan Haniezaida Binti Hassan, Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang.

Selepas itu, Datuk Bandar MBPP Dato’ Ar. Yew Tung Seang dan Setiausaha Bandaraya Ir. Addnan Bin Mohd Razali juga memasangkan Jalur Gemilang ke atas kenderaan-kenderaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli-Ahli Majlis MBPP dalam usaha mengajak orang ramai bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menyemarakkan lagi program Bulan Kebangsaan

  • pic 1 6
  • pic 2 2
  • pic 3 3
  • pic 4 0
  • pic 5
  • pic 1 6
  • pic 2 2
  • pic 3 3
  • pic 4 0
  • pic 5