Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Berita 2018

SIDANG MEDIA SEMPENA WORLD ENVIRONMENT DAY DAN PLOGCLEAN.

Satu sidang media sempena World Environment Day dan Pelancaran Projek 'Plogclean' telah diadakan pada 5 Jun 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pelesenan, Jalan Padang Kota Lama. Program 'Plogclean' anjuran MBPP dan Penang Natural Green Organisation (PNGO) ini akan dijalankan pada 24 Jun 2018 bertempat di Armenian Park, jam 8.00 pagi.
  • Hits: 664

SIDANG MEDIA PROGRAM BERBASIKAL 'CAMPAIGN FOR A LANE 10TH EDITION 2018'

Satu sidang media bagi program berbasikal 'Campaign For A Lane' (CFAL) anjuran G Club Penang Cyclist dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan di G Hotel Persiaran Gurney, Pulau Pinang pada 18 Mei 2018 (Jumaat). Program yang telah memasuki edisi ke-10 pada tahun ini akan diadakan pada 12 Ogos 2018 (Ahad) bermula jam 7.00 pagi bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Para peserta akan mengelilingi kawasan Pulau sejauh 82KM yang akan melalui kawasan Weld Quay, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Balik Pulau, Teluk Bahang, Tanjung Bungah dan berakhir semula di Jalan...
  • Hits: 647

SIDANG MEDIA LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) DI NEGERI SABAH

SIDANG MEDIA LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) DI NEGERI SABAH Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) akan menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sabah telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk larian ini. Satu sidang media berkenaan program ini telah diadakan di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 27 April 2018 (Jumaat) dan Tip of Borneo, Kudat telah dipilih sebagai lokasi permulaan...
  • Hits: 651

DASAR PERBANDARAN NEGARA KEDUA (DPN2)

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) : Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua (Lampiran & Isi Kandungan) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 1) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 2) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 3) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 4) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 5) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 6 Bahagian 1) Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua  (BAB 6 Bahagian 2) Laporan Dasar Perbandaran Negara...
  • Hits: 602

SIDANG MEDIA PROGRAM PENANG PEACE RUN 2018

Satu sidang media berkenaan Program Penang Peace Run 2018 telah diadakan pada 23 April 2018 (Isnin) bertempat di Pusat Informasi Taman Bandaraya, Pulau Pinang. Program yang akan diadakan di Taman Bandaraya Pulau Pinang pada 5 Ogos 2018 (Ahad) ini mensasarkan penyertaan seramai 2,000 hingga 2,500 orang peserta. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di https://event.howei.com/event/penang-peace-run-2018 Larian ini mempunyai 3 pilihan jarak (KM) iaitu:- 1) 1.5KM ( Orang Kurang Upaya Fizikal )2) 1.5KM ( Peace Walkers)2) 7KM ( Peserta normal) ...
  • Hits: 673

SIDANG MEDIA PROGRAM AMAL WALK-JOG-WHEEL WITH US 2018

Satu sidang media berkenaan Program Amal Walk-Jog-Wheel With Us 2018 telah diadakan pada 18 April 2018 bertempat di Persatuan Kanak-Kanak Sepastik (Cerebral Palsy), Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang. Program yang akan diadakan di Taman Bandaraya Pulau Pinang pada 8 Julai 2018 ini mensasarkan penyertaan seramai 2,000 orang peserta termasuk OKU. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di https:/event.howei.com/event/walk-jog-wheel-with-us-2008 sebelum 25 Jun 2018. Dua kategori yang disediakan adalah :- 1) Kategori 1.5KM - RM50.00 (Yuran...
  • Hits: 605

PANDUAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERMIT IKLAN SEMPENA PILIHANRAYA

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 yang bakal berlangsung dalam masa yang terdekat ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang ingin menyatakan bahawa terdapat panduan untuk mengemukakan Permohonan Permit Iklan Sempena Pilihanraya bagi mana-mana parti atau individu politik yang ingin berbuat demikian. Permohonan permit ini selaras dengan Undang-Undang Kecil Pilihan Raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1990. Diharapkan pihak-pihak yang terlibat akan mematuhi panduan yang telah disediakan oleh pihak Majlis. Sila klik pautan dibawah untuk muat turun Borang Permohonan Permit Iklan Sempena...
  • Hits: 1362