Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

SIDANG MEDIA PROGRAM AMAL WALK-JOG-WHEEL WITH US 2018

18 April, 2018

Satu sidang media berkenaan Program Amal Walk-Jog-Wheel With Us 2018 telah diadakan pada 18 April 2018 bertempat di Persatuan Kanak-Kanak Sepastik (Cerebral Palsy), Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Program yang akan diadakan di Taman Bandaraya Pulau Pinang pada 8 Julai 2018 ini mensasarkan penyertaan seramai 2,000 orang peserta termasuk OKU.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di https:/event.howei.com/event/walk-jog-wheel-with-us-2008 sebelum 25 Jun 2018.

Dua kategori yang disediakan adalah :-

1) Kategori 1.5KM - RM50.00 (Yuran Pendaftaran)
2) Kategori 7KM - RM50.00 (Yuran Pendaftaran)

Peserta yang mendaftarkan diri akan menerima baju ,sijil dan cabutan bertuah.