Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG DI LEBUH LINTANG BAGI CADANGAN KERJA-KERJA TEBATAN BANJIR DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN BANDAR S10, DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG

30 Ogos, 2018

SIARAN AKHBAR

PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG DI LEBUH LINTANG BAGI CADANGAN KERJA-KERJA TEBATAN BANJIR DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN BANDAR S10, DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis telah menyiapkan kerja pemasangan box culvert di lokasi yang melibatkan penutupan peringkat pertama sebahagian lorong di Lebuh Lintang (berdekatan persimpangan Jalan Dr. Lim Chwee Leong), Pulau Pinang pada 26 Ogos 2018.

2. Pihak kontraktor dijangkakan akan meneruskan kerja memasang box culvert yang akan melibatkan penutupan peringkat kedua sebahagian lorong di Lebuh Lintang (seperti rajah yang dilampirkan) bermula pada 1 September 2018 dan kerja tersebut dijangkakan akan mengambil masa selama 30 hari untuk disiapkan dari tarikh mula yang dinyatakan.

3. Tujuan penutupan sebahagian lorong ini adalah bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis menjalankan kerja-kerja pemasangan box culvert dengan kelebaran keseluruhan 7.2 meter untuk projek naiktaraf sistem saliran di kawasan tersebut. Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian:

04-2592309 (Encik Mohd Nasrul Nizam Bin Nasri)

04-2592215 (Encik Kasehyani Bin Saad)

04-2592204 (Encik Mohd Hafizan Bin Murad)

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh: 29 Ogos 2018

TMP For PR MBPP - Updated 28.8.2018