Untuk makluman pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membangunkan dua aplikasi mudah alih rasmi demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat:
i. PBTCare (dahulunya dikenali sebagai i-Tegur): Aplikasi yang memudahkan orang awam menyalurkan sebarang aduan berkaitan perkhidmatan PBT di seluruh Malaysia dengan lebih cepat dan efisien; dan
ii. MyWC: Aplikasi yang membantu pengguna mencari lokasi tandas awam terdekat di seluruh Malaysia dengan pantas menggunakan panduan GPS.
Sehubungan itu, pihak JKT telah menyediakan Video Promosi PBTCare dan MyWC sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran awam (awareness) serta menggalakkan lebih ramai komuniti di kawasan pentadbiran YBhg. Dato’/Tuan/Puan memanfaatkan kedua-dua aplikasi ini.
Sila klik untuk paparan video :
i. APA ITU APLIKASI PBTCare
ii. APA ITU APLIKASI MyWC