PENAMBAHBAIKAN ALIRAN LALULINTAS DI LEBUH VICTORIA, PULAU PINANG DAN KAWASAN SEKITARNYA
SIARAN AKHBAR
PENAMBAHBAIKAN ALIRAN LALULINTAS DI LEBUH VICTORIA, PULAU PINANG DAN KAWASAN SEKITARNYA
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan membuat penambahbaikan aliran lalulintas di Lebuh Victoria, Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya bermula dari 2 November 2017 (Hari Khamis) jam 10.00 malam seperti pelan yang disertakan.
2. Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:
BIL
|
JALAN YANG TERLIBAT
|
ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN
|
1.
|
Gat Lebuh Armenian di antara Pengkalan Weld dan Lebuh Pantai
|
Sehala
Dari Pengkalan Weld ke Lebuh Pantai
|
2.
|
Gat Lebuh Acheh di antara Pengkalan Weld dan Lebuh Pantai
|
Sehala
Dari Lebuh Pantai ke Pengkalan Weld
|
3.
|
Gat Lebuh Melayu di antara Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld
|
Dua Hala
|
3. Tujuan penambahbaikan ini dicadangkan adalah bagi meningkatkan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MBPP
Bertarikh : 31 Oktober 2017