Kami (Persatuan Penuaan Sihat Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang [PWDC]) menyeru semua rakyat Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam rancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Umur. Ini merujuk kepada inisiatif Pulau Pinang untuk menjadi Bandar Mesra bagi semua golongan penduduk - muda, tua, dan orang kurang upaya untuk mengakses ruang luar, pengangkutan, perumahan, aktiviti sosial, komunikasi, maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan.
Maklum balas anda penting dan akan membantu menyelaraskan inisiatif kerajaan...