Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Berita 2023

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT, JALAN SUNGAI DUA (Berdekatan Apartment University Height)

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke  sehala di  jalan khidmat,  Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang bermula dari 16 Januari 2024 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:           BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Jalan khidmat, Jalan Sungai Dua (berdekatan Apartment University Height) Sehala Dengan...
  • Hits: 438

PEMANSUHAN PELAN BANGUNAN PRA-RUNDINGAN WARISAN (PRA-PB) DALAM SISTEM ILCS BERMULA 1 JANUARI 2024

Adalah dimaklumkan mulai 01 September 2023 , semua permohonan Cadangan Pelan Pemajuan haruslah dibuat melalui platform OSC 3.0 Plus Online .  Hanya Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Pra-Rundingan Warisan (PRA-PM), Pelan Permit, Permit Membaiki dan Permit Lukisan Dinding yang melibatkan SPPW sahaja boleh dibuat melalui platform ILCS .    Bermula 1 Januari 2024, Permohonan Pelan Bangunan Pra-Rundingan Warisan (PRA-PB) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pengemukaan Pelan Bangunan melalui Sistem OSC 3.0 Plus . Bayaran pentadbiran sebanyak RM100.00 perlu dijelaskan...
  • Hits: 782

PELAKSANAAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE DI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Semua penyerahan permohonan untuk kawalan pemajuan yang dikemukakan kepada Unit Pusat Setempat (OSC MBPP) bermula 1 September 2023 hendaklah melalui Sistem OSC 3 Plus Online https://osc3plus.kpkt.gov.my/ .  Manakala permohonan yang telah dikemukakan melalui Sistem ILCS sehingga 31 Ogos 2023 akan diproses dan diselesaikan melalui sistem tersebut. Terima kasih.
  • Hits: 3230

PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2023

KENYATAAN MEDIA PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2023 Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah selesai mengedarkan Bil Cukai Taksiran Separuh Tahun kedua bagi tahun 2023. Semua pemilik harta harus menjelaskan Cukai Taksiran masing-masing sebelum tarikh akhir bayaran iaitu pada 31 Ogos 2023. Tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik harta yang gagal menjelaskan bayaran. Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Notis sebanyak RM5.00 akan dikenakan pada 1 Mac dan...
  • Hits: 6819

DEWAN BANDARAYA DIBUKA UNTUK KUNJUNGAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya yang tersergam indah di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kini telah dibuka untuk kunjungan umum. Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang mempelawa anda untuk menikmati keunikan serta keaslian seni bina bangunan warisan dan bersiar-siar di ruang galeri sejarah pentadbiran ini. Jadual Lawatan Hari Isnin hingga Jumaat9.00 pagi hingga 5.00 petang Masuk adalah percuma
  • Hits: 2410

BANDAR MESRA USIA TINJAUAN

Kami (Persatuan Penuaan Sihat Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang [PWDC]) menyeru semua rakyat Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam rancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandar Mesra Umur. Ini merujuk kepada inisiatif Pulau Pinang untuk menjadi Bandar Mesra bagi semua golongan penduduk - muda, tua, dan orang kurang upaya untuk mengakses ruang luar, pengangkutan, perumahan, aktiviti sosial, komunikasi, maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan. Maklum balas anda penting dan akan membantu menyelaraskan inisiatif kerajaan yang...
  • Hits: 2191

KES DEMAM DENGGI

Kes demam denggi dalam Pulau Pinang semakin meningkat dan kini berada di ranking ke2 tertinggi dalam seluruh Negara. Situasi ini adalah sangat membimbangkan. MBPP berharap orang awam mengambil langkah-langkah pencegahan dan berusaha menghapuskan tempat-tempat yang mungkin menjadi pembiakan nyamuk Aedes dalam rumah dan kawasan-kawasan yang mudah membawa takungan air seperti pasu bunga dan bekas-bekas penyimpanan air.  
  • Hits: 2552