SIARAN AKHBAR
MAKLUMAN PENGOPERASIAN LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN JALAN TANJUNG TOKONG/ JALAN DESIRAN TANJUNG 1 DAN PENUTUPAN LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN JALAN TANJUNG TOKONG/ JALAN TANJUNG TOKONG LAMA (MASJID KARWA), PULAU PINANG
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan mengoperasikan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tanjung Tokong/ Jalan Desiran Tanjung 1 dan akan mengeluarkan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tanjung Tokong/ Jalan Tanjung Tokong Lama (Masjid Karwa), Pulau Pinang bermula dari 10 Disember 2022 (Hari Sabtu) bermula jam 10.00 malam seperti pelan yang disertakan.
2. Bagi kenderaan dari Jalan Tanjung Tokong Lama yang ingin ke George Town, perlu membuat pusingan-U di persimpangan Jalan Tanjung Tokong/ Jalan Seri Tanjung Pinang (Lotus). Tujuan penutupan lampu isyarat di persimpangan ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas di kawasan tersebut
3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian :
04-2592202 (En. Muhamad Affandi Bin Salleh)
(En. Saiful Fahmi Bin Norhani)
Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam
Jabatan Pengurusan Korporat Dan Komuniti
MBPP
Bertarikh : 05.12.2022

Muat turun gambar rajah