
IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - PEMBANTU AWAM DI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH) - Pembantu Awam
Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan (jawatan sambilan)
Kadar Upah : RM 53.00 sehari (tempoh bekerja adalah 9 jam sehari)
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan-kelayakan seperti berikut:-
a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 45 tahun;
c) Tamat Darjah 6 dan memiliki Lesen Memandu Kelas B(2) dan D.
Cara Memohon : Pengiklanan akan dibuat melalui laman web rasmi dan Facebook Majlis dan iklan akan diedarkan kepada agensi seperti pejabat KADUN. Pautan permohonan adalah melalui QR Code yang disediakan.
Tarikh Iklan : 27 Julai 2021 – 8 Ogos 2021

Pautan permohonan : https://forms.gle/novaKtZsStx66VeZ7