Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

IKLAN JAWATAN KOSONG PAKAR PENASIHAT KEJURUTERAAN GEOTEKNIKAL MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

13 Januari, 2020

.

Jawatan Kosong Pakar Penasihat Kejuruteraan Geoteknikal Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Perihal Jawatan:

  1. Pengalaman : Melebihi 15 tahun dalam bidang Geoteknikal.
  2. Julat Gaji : RM 20 ribu sehingga RM 25 ribu sebulan
  3. Lantikan Secara "Contract for Service" bagi tempoh sepuluh (10) tahun dan pembaharuan kontrak adalah setiap satu tahun.

Kelayakan dan Kriteria Keutamaan:

  1. Ijazah Kejuruteraan Awam yang baik hingga cemerlang.
  2. Berpengalaman dalam reka bentuk dan analisis geoteknikal serta kejuruteraan kawasan cerun/bukit.
  3. Mahir dalam piawaian dan spesifikasi jabatan/agensi kerajaan berkaitan kejuruteraan goeteknikal.
  4. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris secara lisan dan penulisan.
  5. Sihat tubuh badan dan berkeupayaan untuk memantau kawasan tapak bercerun dan berbukit.
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bermastautin di Pulau Pinang dan kesediaan untuk bermastautin di Pulau Pinang.
  7. Keutamaan diberikan kepada Pemegang Ijazah Lanjutan atau yang memiliki kelayakan profesional yang setara.
  8. Mahir dalam perisian komputer berkaitan kejuruteraan geoteknikal.

CARA MEMOHON : Semua permohonan/CV yang lengkap dan dokumen sokongan  yang berkaitan perlu dibuat menerusi alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. mulai 14 Januari 2020.

TARIKH TUTUP  PERMOHONAN   :  13 MAC 2020

Sebarang kemusykilan atau permasalahan berhubung permohonan ini, sila hubungi  Bahagian Pengurusan Modal Insan di talian berikut:-  04-2592115 / 2311 / 2245