Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PENUTUPAN JALAN DI JALAN TAN SRI TEH EWE LIM SERTA SEBAHAGIAN LORONG DI JALAN MASJID NEGERI BAGI KERJA-KERJA MENYELENGGARA, MEMBERSIH, MEMBAIKI DAN MENGECAT SEMULA LAPISAN PERLINDUNGAN PADA JEJAMBAT AUTO PONT PULAU PINANG.

02 Disember, 2019

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis akan membuat penutupan jalan di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim serta sebahagian lorong di Jalan Masjid Negeri Pulau Pinang (berdekatan Hospital Lam Wah Ee) yang bermula pada 03 Disember 2019 hingga 09 Disember 2019 dari jam 12.30 pagi hingga 05.00 pagi.

2.  Tujuan penutupan jalan dan sebahagian lorong ini adalah bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis menjalankan kerja-kerja menyelenggara, membersih, membaiki dan mengecat semula lapisan perlindungan pada Jejambat Auto Pont di kawasan tersebut.

3. Penutupan sebahagian lorong ini adalah pada waktu malam sahaja dan akan dibuka sepenuhnya pada waktu siang. Kerja-kerja tersebut dijangkakan akan mengambil masa selama 7 (tujuh) hari dari tarikh yang dinyatakan.

Klik untuk maklumat Siaran Akhbar Penutupan Jalan.

Klik untuk maklumat lanjut.