Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

SIDANG MEDIA PERTANDINGAN IDEA REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA

26 Januari, 2018

.

KENYATAAN MEDIA

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN IDEA REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA,LOT 969 JALAN PERAK, SEK. 1 (BERSEBELAHAN BALAI BOMBA) DAN LOT 169, 171, 272, 273, 544, (TAPAK PASAR), 1897, 2159, 2160 & 2707, SEK. 2, BANDAR JELUTONG, DAERAH TIMUR LAUT, GEORGETOWN, PULAU PINANG

TARIKH : 24 JANUARI2018 (RABU)
MASA : 4.OO PETANG
TEMPAT : BILIK PERDANA, TINGKAT 4, KOMTAR PULAU PINANG

Pertandingan Peringkat Kebangsaan ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Arkitek Malaysia, Cawangan Utara (PAM NC) sebagai Urusetia dan disokong oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) & Lembaga Jurutera Malaysia (IEM). Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli korporat Persatuan Arkitek Malaysia/Lembaga Arkitek Malaysia (PAM/LAM) dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang bertauliah dengan Akitek Berdaftar menjadi selaku Ketua Perunding (Lead Consultant) dalam sebarang penyertaan kumpulan perunding.

MBPP berhasrat untuk memajukan tapak-tapak cadangan yang tersebut di atas, di mana pada masa kini terdapat 111 buah rumah setinggan, 7 buah tokong, sebuah klinik kesihatan dan sebuah pasar awam dengan gerai-gerai penjaja sediada.

TAPAK

Tapak cadangan terletak di Jalan Perak, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, dengan jumlah keluasan 12.532 ekar (Plot A – 6.242 Ekar dan Plot B – 6.29 Ekar) :

(i) Plot A (bersebelahan Balai Bomba) – Lot 969, Sek. 1 dan
(ii) Plot B (kawasan sekeliling Lintang Slim, Lintang Slim 1, Lintang Slim 2, Lintang Slim 3, Halaman Slim & Jalan Market) – Lot 272, 273, 169, 171, 544, 1897, 2159, 2160 & 2707 Sek. 2.

TUJUAN & OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan dengan tujuan untuk mencari ‘IDEA’ yang kreatif dan inovatif untuk mendapatkan satu cadangan Pembangunan Semulabagi lot-lot berkaitan dalam Plot A dan Plot B.

Cadangan pembangunan adalah mengikut kreativiti para peserta dengan mengambil kira keadaan sosio-ekonomi setempat khususnya Pasar Awam/Penjaja yang beroperasi di tapak, rumah-rumah setinggan dan persekitaran termasuk beberapa pengkhususan seperti :-

  1. Penempatan dan penyusunan semula 300 unit gerai yang melibatkan 197 gerai pasar dan 103 gerai makanan.
  2. Penempatan semula setinggan
  3. Cadangan pembangunan memenuhi kriteria-kriteria untuk Pengiktirafan GBI (GBICertified).
  4. Cadangan idea rekabentuk boleh diadaptasi dan dilaksanakan.

HADIAH WANG

Penganjur akan menerima keputusan muktamad yang dibuat oleh panel juri dan hadiah wang berikut akan dianugerahkan kepada pemenang.

i. Hadiah Pertama – RM 50,000.00 + sijil
ii. Hadiah Kedua – RM 30,000.00 + sijil
iii. Hadiah Ketiga – RM 20,000.00 + sijil
iv. Hadiah Keempat – RM 10,000.00 + sijil
v. Hadiah Kelima – RM5,000.00 + sijil

PROSIDUR PENYERTAAN

Ahli-ahli Korporat PAM/LAM dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) berminat perlu berdaftar dengan melengkapkan borang pendaftaran penyertaan online yang dapat di laman web http://competition.architecturemalaysia.com/ dan membayar yuran pendaftaran mengikut kadar yang ditetapkan. Selepas pengesahan pendaftaran, peserta pertandingan boleh memuat turunkan (daripada laman web yang sama) Brief Pertandingan dan semua lampiran dan informasi berkenaan dengan pertandingan ini.

PENGURUSAN DAN PENAUNG

Pertandingan ini adalah di bawah penganjuran, pengurusan dan Penaung Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan PAM NC adalah urusetia untukpertandingan ini dengan sokongan daripada MIP dan IEM juga.

Segala urusan dan pertanyaan perlu dihantar kepada:

Urusetia,
Pertandingan Peringkat Kebangsaan Idea Rekabentuk Perancangan dan Pembangunan untuk Cadangan Pembangunan Semula, Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang.
c/o Pertubuhan Akitek Malaysia Northern Chapter
3, Lorong Amoy,
10050, Penang
MALAYSIA

Tel/Fax: +604-2272207
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (untuk sebarang pertanyaan)
Website: http://www.architecturemalaysia.com

 pic11