Dimaklumkan bahawa di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak mengesan kesalahan klon lesen Pusat Hiburan Keluarga.
2. Berdasarkan kepada statistik terdapat Pusat Hiburan Keluarga yang diluluskan beroperasi dalam Hotel atau Pusat Membeli Belah. Statistik adalah seperti berikut :-
- Kompleks Beli Belah/Pasaraya
- DTL : 36
- DBD : 2
- Dalam Hotel
- DTL : 10
- DBD : 0
3. Pada masa kini, Lesen Pusat Hiburan Keluarga diluluskan berasaskan kepada ulasan dari pihak PDRM.
4. MBPP juga telah melupuskan mesin simulator yang dirampas bersama pihak PDRM yang beroperasi tanpa lesen sejak operasi bersepadu dibuat pada tahun 2016 dan 2017. Sejumlah 210 buah mesin telah dimusnahkan oleh MBPP.
5. Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, aktiviti online gambling adalah sukar dibendung kerana pengusaha menggunakan smartphone dan tablet. Kedua-dua alatan ini tidak dilesenkan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
6. Semakan dengan pihak polis mendapati kes klon lesen Pusat Hiburan Keluarga adalah dikesan di Daerah Seberang Perai Tengah dan tiada kes di kawasan Pulau.
7. Pihak Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan bahawa hanya di Pusat Membeli Belah, Pasaraya dan Hotel sahaja dibenarkan menjalankan aktiviti Pusat Hiburan Keluarga mulai Januari 2018.
8. Pihak polis boleh memberikan pandangan kepada Kerajaan Negeri bagi larangan penggunaan jenis mesin yang berpotensi dijadikan alat perjudian. Tujuan ini adalah untuk memastikan pengusaha yang benar-benar menjalankan aktiviti Pusat Hiburan Keluarga tidak terkesan dengan cadangan larangan pengeluaran lesen.