Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PROGRAM HERITAGE HEBOH PESTA KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2018

15 November, 2018

Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan menganjurkan program ‘Heritage Heboh Pesta Kanak-Kanak’ sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia seperti ketetapan berikut:-

                        Tarikh : 02 Disember 2018 [Hari Ahad]
                        Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
                        Tempat : Pusat Belia, Lebuh Acheh, Pulau Pinang

Penganjuran program ini bermatlamat utama untuk menyambut sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia serta mempromosikan budaya dan kesenian Pulau Pinang melalui pelbagai aktiviti. Diharapkan juga program ini dapat cintakan seni budaya dan warisan serta memberi bimbingan dan galakan yang berterusan dalam kalangan kanak-kanak. Penyertaan adalah PERCUMA dan pihak penganjur akan menyediakan SIJIL dan MAKANAN bagi setiap peserta.

Penyertaan telah dihadkan kepada 100 pelajar pertama yang berumur antara 7 hingga 12 tahun sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 November 2018 [Hari Khamis] jam 2.00 petang. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cik Mokagathi A/P Ganesan di talian 016-490 2904.

Muat turun borang penyertaan pada pautan di bawah :-

hari kanak kanak

Borang Hari Kanak-Kanak