Dimaklumkan semua perkhidmatan dalam talian Majlis akan ditutup buat sementara berikutan penyelenggaraan bekalan elektrik di KOMTAR pada tarikh berikut:
Tarikh Mula : 14.08.2026 (Jumaat) , Masa : 7.00 Malam
Tarikh Tamat : 16.08.2026 (Ahad), Masa : 12.00 Tengahari
Sehubungan itu, semua perkhidmatan dalam talian Majlis tidak dapat diakses KECUALI:
1. Aplikasi Penang Smart Parking (orang awam boleh membuat bayaran tempat letak kereta dan kompuan seperti biasa)
2. Saluran bayaran melalui JomPay adalah boleh digunakan
Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut adalah amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.