Untuk makluman Tuan/Puan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyelaras projek-projek penyelenggaraan perumahan di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi tahun 2026. Disertakan syarat kelayakan bagi permohonan ini:-
- Badan Pengurusan Berstrata (JMB/MC) kategori kos rendah & kos sederhana rendah swasta di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipelawa untuk memohon TPPM 2026.
- Kediaman yang diduduki MELEBIHI 10 TAHUN
- Penyelenggaraan yang KRITIKAL dan DIPERLUKAN sahaja
- Skop kerja yang dipohon BELUM MENERIMA sebarang peruntukan atau belum lagi dibaikpulih samada menggunakan dana JMB/MC, Kerajaan Negeri atau lain-lain peruntukan.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 04-2592208 (Ismail).

Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.